logo ms

Ahad, 02 Oktober 2022

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Berita Terkini

SPKM: Pre-Posting Orientation Course for Home-Based Staff and Spouses 1/2015

spkm1 1501

Siri pertama program SPKM: Pre-Posting Orientation Course for Home-Based Staff and Spouses telah dilaksanakan dari 2 hingga 13 Mac 2015. Program ini telah dihadiri oleh 67 pegawai gred 41 dan ke atas dari pelbagai kementerian dan agensi, berserta pasangan mereka. Para pasangan dikehendaki untuk menghadiri minggu pertama program.

Objektif-objektif program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran para peserta di dalam bidang diplomasi dan hubungan antarabangsa, memberi pendedahan kepada mereka tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan tugasan di Perwakilan Malaysia di luar negara, mempersiapkan mereka dengan pelbagai fungsi dan tugasan semasa di luar negara, serta memupuk semangat kerjasama antara mereka untuk prestasi yang lebih efektif dalam memenuhi tugasan dan tanggungjawab mereka di Perwakilan.

Para peserta kursus ini telah melalui pelbagai sesi interaktif dengan para professional dari sektor awam dan swasta, perbincangan berkumpulan dan perkongsian pengalaman oleh mereka yang pernah bertugas di Perwakilan Malaysia di luar negara. Sesi ceramah telah menyentuh topik seperti Preparation for Living and Working Abroad, Malaysia’s Foreign Policy, Reception and Official Entertaining, Royalty and Palace Protocol, Promoting Malaysia as a Tourist Destination, Ethics and Integrity, Media Skills dan Public Diplomacy.

Dua modul baru telah diperkenalkan dalam siri pertama ini, iaitu sesi ceramah bertajuk Human Trafficking dan Religious, Cultural dan Consular Matters Related to Death at Missions. Para peserta telah mengambil peluang tersebut untuk berinteraksi dengan para penceramah bagi mendapatkan lebih pengetahuan tentang kedua-dua isu itu.

Sijil tamat kursus telah disampaikan oleh Pengarah Bahagian Latihan, Tuan Syed Bakri Syed Abd Rahman pada hari terakhir program tersebut.

spkm1 1502 spkm1 1503  spkm1 1504 spkm1 1505

Dilaporkan oleh:

Dzuita Mohamed
Bahagian Latihan

 

Cetak Emel