logo ms

Ahad, 02 Oktober 2022

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Berita Terkini

SPKM: Pre-Posting Orientation Course For Home-Based Staff And Spouses 3/2015

spkm series3main 

IDFR amat berbesar hati menerima kehadiran 57 peserta dari pelbagai kementerian dan agensi kerajaan untuk siri ketiga SPKM: Pre-Posting Orientation Course for Home-Based Staff and Spouses yang telah dijalankan dari 11 hingga 22 Mei 2015.

Program ini yang diadakan khusus untuk pegawai gred 41 dan ke atas berserta pasangan masing-masing, telah memberi pendedahan tentang pelbagai aspek berkaitan operasi di Perwakilan Malaysia di luar Negara. Ini merangkumi modul-modul yang berkaitan dengan fungsi, tugasan dan tanggungjawab para peserta semasa di luar negara, di samping memupuk semangat setiakawan di kalangan mereka.

Para peserta telah menghadiri pelbagai sesi teori dan praktikal, antaranya sesi Fine Dining Theory and Practicum bersama Encik Sophian Ab Rahman, Pegawai Istiadat dari Istana Negara. Ketika sesi tersebut, para peserta telah didedahkan dengan tatacara makan beradap, susun atur dan peralatan hidangan dan ini disusuli dengan latih amal.

Para peserta juga amat bertuah dapat bersama YBhg. Ambassador Aminahtun Hj. A. Karim, Timbalan Ketua Pengarah IDFR. Beliau berkongsi pengalaman beliau sebagai diplomat dari perspektif pemahaman silang budaya. Beliau menerangkan mengenai cabaran dan komplikasi yang wujud kerana perbezaan budaya dan cara-cara untuk menangani perbezaan ini.

Sijil tamat kursus telah disampaikan oleh Pengarah Bahagian Latihan, Tuan Syed Bakri Syed Abdul Rahman pada hari terakhir kursus.

  spkm series3aspkm series3b  spkm series3c

                                                                       spkm series3d 

Dilaporkan oleh:

Dzuita Mohamed
Bahagian Latihan

Cetak Emel