logo ms

Rabu, 28 September 2022

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Berita Terkini

SPKM: Pre-Posting Orientation Course for Home-Based Staff and Spouses 4/2015

spkm4 main

Siri keempat SPKM: Pre-Posting Orientation Course for Home-Based Staff and Spouses 2015 telah dianjurkan dari 8 - 12 Jun 2015. Program ini, yang khusus untuk para pegawai gred 38 dan ke bawah serta pasangan mereka, dihadiri oleh 40 orang peserta daripada pelbagai kementerian dan agensi kerajaan.

Program ini bertujuan untuk mendedahkan para peserta kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan urusan di Perwakilan Malaysia di luar negara, memberi persediaan kepada para pegawai dan pasangan berkenaan pelbagai fungsi dan tugasan mereka di luar negara, dan memupuk semangat setia kawan di kalangan para pegawai daripada pelbagai kementerian dan agensi kerajaan bagi memastikan prestasi kerja yang efektif.

Di sepanjang tempoh kursus, ceramah interaktif menyentuh topik-topik seperti Administrative and Security Matters at Missions, Financial Management, Consular Works at the Malaysian Missions, Protocol Matters Related to Foreign Service, Grooming and Social Etiquette, Cross-Cultural Awareness, Human Trafficking,dan Religious, Cultural and Consular Matters Related to Death at Missions. Para peserta juga telah menghadiri sesi- sesi praktikal dan latih amal, termasuk sesi Fine Dining Theory and Practicum di Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur dan sesi Cooking Demonstration and Food Presentation di Taylor’s College.

Sijil penyertaan kursus disampaikan oleh Puan Romaiza Ab Rahman, Timbalan Pengarah Kanan Bahagaian Latihan pada hari terakhir kursus.

                                             spkm4 1   spkm4 2

 

Dilaporkan oleh:

Siti Farsha Murni Izami
Bahagian Latihan

 

Cetak Emel