logo ms

Ahad, 02 Oktober 2022

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Berita Terkini

SPKM: Pre-Posting Orientation Course for Home-Based Staff and Spouses 5/2015

spkm5 2015main

Pada 28 Ogos 2015, IDFR telah menamatkan siri kelima dan terakhir SPKM: Pre-Posting Orientation Course for Home-Based Staff and Spouses untuk tahun ini. Kursus selama dua minggu ini telah dihadiri oleh 75 pegawai daripada pelbagai kementerian, jabatan dan agensi, bersama pasangan mereka.

Objektif-objektif utama kursus ini adalah untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran para peserta dalam bidang diplomasi dan hubungan antarabangsa; mendedahkan mereka kepada perkara berkaitan tugasan di luar negara; memberi persediaan kepada para peserta akan kepelbagaian tugas dan tanggungjawab yang diberikan; serta memupuk semangat setiakawan antara mereka agar lebih efisien sewaktu bertugas di Perwakilan Diplomatik Malaysia.

Para peserta telah mengikuti pelbagai sesi interaktif dengan para penceramah yang dijemput dari sektor awam dan swasta, khususnya yang pernah berkhidmat di Perwakilan Diplomatik Malaysia di luar negara. Antara topik yang diketengahkan adalah Malaysia’s Foreign Policy; Role of Spouses; Cross Cultural Awareness; Diplomacy and the Art of Conversation; Royalty and Palace Protocol; Human Trafficking dan sesi oleh Pusat Serantau Asia Tenggara bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT).

Para peserta turut berpeluang berinteraksi dengan Ketua Pengarah IDFR, YBhg. Dato’ Hussin Nayan, di mana beliau telah berkongsi pengalaman dari perspektif seorang mantan diplomat.

Sijil penyertaan kursus telah disampaikan oleh Puan Romaiza Ab Rahman, Pengarah Pusat Pemerkasaan Kompetensi kepada para perserta pada hari terakhir kursus.

      spkm5 2015a spkm5 2015b


Dilaporkan oleh:
Ong Teck Leng (Pelatih Industri)
Pusat Pemerkasaan Kompetensi

 

 

Cetak Emel