logo ms

Ahad, 02 Oktober 2022

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Berita Terkini

SPKM: Kursus Orientasi Pra-Perlantikan Pegawai Dan Pasangan Siri 2/2016

spkm22016 main

Pada tarikh 11 hingga 15 April 2016 yang lalu, IDFR telah menganjurkan siri kedua Kursus Orientasi Pra-Perlantikan bagi Pegawai dan Pasangan di bawah Sistem Pentadbiran Kerajaan Malaysia di Luar Negeri (SPKM). Kursus yang telah berlangsung selama lima hari ini telah dihadiri oleh sebelas orang pegawai (Gred 38 dan ke bawah) dan lapan pasangan dari pelbagai Kementerian dan Agensi/Jabatan.

Para peserta telah didedahkan secara terperinci berhubung dasar, garis panduan dan kemahiran dalam bidang hubungan antarabangsa dengan penekanan khusus tentang peranan dan tanggungjawab yang bakal mereka galas ketika berkhidmat di pejabat-pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara kelak.

Pengkaedahan yang diterapkan di dalam kursus ini adalah melalui sesi kuliah yang interaktif, perbincangan berkumpulan dan latihan simulasi telah membekalkan para peserta dengan bentuk kemahiran baharu yang amat berguna untuk menambahbaik keupayaan mereka dalam menjalankan tugas secara berkesan kelak.

Pengarah Pusat Kepimpinan, Perundingan dan Diplomasi Awam, Puan Hajah Norani Ibrahim telah menyempurnakan majlis penutupan dan penyampaian sijil penyertaan kepada para peserta pada hari terakhir kursus tersebut.

  spkm22016 2    spkm22016 3    spkm22016 4

                              spkm22016 5    spkm22016 6

Dilaporkan oleh:
Muhammad Ariff Mohamad Nizam
Pelajar Praktikal
LNPD

 

Cetak Emel