logo ms

Rabu, 28 September 2022

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Berita Terkini

Kursus Latihan Diplomatik Untuk Pegawai Sangkutan ASEAN 2016

DTC AO 2016 group photoBerikutan kejayaan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun 2015 dan sambutan menggalakkan kepada kursus yang sama pada bulan Oktober 2015, IDFR telah sekali lagi terpilih untuk menganjurkan sebuah kursus latihan diplomatik bagi pegawai sangkutan ASEAN 2016 dari 14 hingga 25 November 2016. 11 orang pegawai kerajaan dari negara Cambodia, Laos, Myanmar dan Vietnam yang sedang mengikuti program sangkutan selama setahun di Sekretariat ASEAN di Jakarta di bawah Inisiatif Integrasi ASEAN (IAI) berada di Kuala Lumpur untuk meningkatkan pemahaman mereka dalam teori, praktis dan elemen diplomasi, ASEAN dan hal ehwal antarabangsa. Tiga orang pegawai dari Kementerian Luar Negeri Malaysia turut menyertai kursus tersebut.

Antara tema yang diliputi dalam modul kursus adalah isu-isu serantau dan diplomasi, serta kemahiran berunding, penyampaian dan komunikasi. Lawatan juga telah diadakan ke beberapa agensi kerajaan seperti Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia) dan Pusat Transformasi Bandar, Melaka (UTC Melaka). 

        DTC  AO  2016 MATRADE 1 DTC AO  2016 MATRADE 2 DTC  AO 2016 WP


Dilaporkan oleh:
Cik Sarah Zahirah Ruhama
Pusat Kajian Politik dan Diplomasi Ekonomi (PSED)

Cetak Emel