logo ms

Rabu, 28 September 2022

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Berita Terkini

Siri Ceramah Diplomasi Budaya 1/2017: “The Interface between Religion and Culture”

cdls main 1 2017

Siri Ceramah Diplomasi Budaya yang pertama bagi tahun ini bertajuk “The Interface between Religion and Culture”, telah diadakan pada 28 Mac 2017 bertempat di Bilik Triti, Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR). Siri ceramah ini telah dihadiri oleh 84 orang peserta dari pelbagai latarbelakang sosial dan pendidikan. Antara tetamu yang hadir adalah bekas Ketua-ketua Perwakilan Malaysia, para pegawai kanan daripada pelbagai kementerian dan agensi kerajaan, pelajar-pelajar universiti dan ahli-ahli akademik. Dr. Muhammad Salah merupakan penceramah jemputan bagi siri pertama ceramah ini.

Dr. Muhammad Salah, seorang ahli akademik Islam yang terkenal khususnya di Amerika Syarikat, merupakan pengasas kepada penubuhan beberapa institusi pendidikan Islam dan sekolah Arab, iaitu Iman Stems dan Muslims Generation. Beliau juga merupakan seorang pensyarah di Universiti Al-Azhar, Akademi Syariah dan Kolej London. Di dalam ceramah beliau, Dr. Muhammad Salah telah menegaskan bahawa “Islam menerima semua budaya yang dianggap baik”. Beliau juga berpendapat bahawa “tidak semua ciri-ciri budaya harus ditolak oleh Islam”. Beliau turut menekankan keperluan dan kepentingan untuk mengajar dan menyebarkan pemahaman tentang agama. Berdasarkan sejumlah besar kejayaan beliau dalam sesi dakwah, beliau menyarankan supaya setiap orang Muslim perlu mengambil tanggungjawab untuk berkongsi amalan-amalan dan ajaran Islam yang benar dengan masyarakat bukan Islam dengan bergaul bersama mereka. Ini akan memberikan gambaran yang lebih jelas dan nyata bahawa Islam mengamalkan tahap toleransi yang tinggi.

Sesi ceramah ini diakhiri dengan sesi soal jawab dan diikuti dengan penyampaian cenderahati oleh Datuk Mohamad Sadik Kethergany, Ketua Pengarah IDFR kepada Dr. Muhammad Salah, sebagai simbol penghargaan atas sumbangan beliau untuk siri ceramah kali ini.

                                              cdls2 1 2017  cdls3 1 2017

Dilaporkan oleh:
Mejar Hadzrie bin Abdul Khan (Bersara)
Pusat Diplomasi Bahasa dan Budaya

Cetak Emel