logo ms

Selasa, 27 Februari 2024

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Berita Terkini

Kursus Kepimpinan untuk Pegawai Diplomat Peringkat Pertengahan 2021

LEADERSHIP 1

Pusat Kepimpinan, Perundingan dan Diplomasi Awam (LNPD), IDFR telah menganjurkan kursus Kepimpinan untuk Pegawai Diplomat Peringkat Pertengahan pada 29 Mac hingga 6 April 2021 di Zenith Putrajaya Hotel, Putrajaya. Kursus ini dianjurkan khas untuk para Pegawai Tadbir dan Diplomatik (Gred 44 hingga 52) bagi mengenalpasti potensi kepimpinan di kalangan mereka, meningkatkan kefahaman dan pengetahuan mereka mengenai konsep kepimpinan dan perundingan yang terkini dan relevan, serta menambahbaik kemahiran kepimpinan diplomat yang akan mewakili Malaysia di arena antarabangsa. Kursus ini dirangka khas dengan bertujuan untuk mempersiapkan para peserta dengan kemahiran untuk memimpin organisasi termasuk misi diplomatik Malaysia dengan keyakinan yang tinggi.

Kursus ini telah dihadiri oleh 21 orang Pegawai Tadbir dan Diplomatik dari pelbagai jabatan di Wisma Putra. Kursus ini bermatlamat untuk memberi pendedahan kepada para peserta mengenai kemahiran kepimpinan dan perundingan bagi meningkatkan teras kecekapan para pegawai di dalam bahagian-bahagian tersebut. Di antara modul yang disediakan adalah seperti syarahan berkenaan Malaysia’s Foreign Policy and Strategic Plan for Wisma Putra; Digital Diplomacy: A Perspective on Malaysian Foreign Policy; Integrity Enhancement and Ethical Consideration at Work; Introduction to Leadership; Theory and Mechanics of Neuro-Linguistics Programming (NLP) to Improve Leadership and Relationship; Leadership Meta-Programme; Amazing Leader with Inspiring NLP Communication; The Power Zone of A Leader; Reframing Obstacles: Circle of Excellence, Swish, Perceptual Position, New Behaviour Generator; Managing Stress at Work; Understanding and Resolving Conflict; Building a Harmony Sanctuary; Group Dynamics; The Principle and Process of Negotiations; Negotiating Mindset and Managing Emotions; Negotiation Strategies and Tactics; The Power of Framing and Reframing in Negotiation; Negotiation Patterns: Proven Approaches; Role of a Spouse and Personal Grooming; Hosting Skills, Networking and Advocacy; termasuk Fine Dining, Reception and Official Entertaining.

YBhg. Datin Sharifah Ikhlas Syed Ismail dari Kementerian Pendidikan Malaysia dijemput untuk berkongsi pengalaman luas beliau sebagai seorang isteri diplomat dalam mengendalikan sesebuah majlis jamuan dan keramaian rasmi di dalam slot Fine Dining, Reception and Official Entertaining. YBhg. Datin Sri Izdina Izaidin turut dijemput berkongsi pengalaman beliau dalam slot Role of a Spouse and Personal Grooming; Hosting Skills, Networking and Advocacy. Para pegawai turut disertai oleh pasangan masing-masing bagi ketiga-tiga slot ini.

Sepanjang tempoh tujuh hari kursus berlangsung, IDFR percaya bahawa kursus ini telah membantu menerapkan kemahiran kepimpinan dan perundingan di dalam diri para pegawai untuk digunakan dalam tugasan masing-masing. YBhg. Dato’ Mohd Zamruni Khalid, Ketua Pengarah IDFR telah menyampaikan ucapan penutup serta menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta semasa hari terakhir kursus.  

LEADERSHIP 2 LEADERSHIP 3 LEADERSHIP 4

Disediakan oleh:
Pusat Kepimpinan, Perundingan dan Diplomasi Awam (LNPD)

Cetak Emel