logo ms

Selasa, 04 Oktober 2022

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Berita Terkini

Bengkel Diplomasi Awam dan Kemahiran Media 2/2018

LNPD5

Siri kedua bengkel Diplomasi Awam dan Kemahiran Media telah dianjurkan pada 16 hingga 18 Oktober 2018 di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR). Bengkel pada kali ini telah disertai seramai 17 orang peserta yang terdiri daripada para pegawai dari Kementerian Luar Negeri, Kementerian Pertahanan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen dan Lembaga Hasil Dalam Negeri. 

Sepanjang tiga hari bengkel tersebut, para peserta telah diberikan pendedahan dengan pelbagai modul seperti Malaysia’s Public Diplomacy, Facing the Media, Case Study of MH370 Crisis on Social Media Perspective, Introduction to Social Media and Its Importance, Tool and Techniques of Social Media, Effective Use of the Social Media dan Publicity through Social Media. Mereka juga telah didedahkan dengan peranan media sosial dan kepentingannya dalam diplomasi awam serta cara-cara pengendalian media sosial dengan lebih efektif. Encik Aiyub Omar, Ketua Pusat Kepimpinan, Perundingan dan Diplomasi Awam (LNPD) telah menyampaikan amanatnya dan menyempurnakan majlis penyampaian sijil kepada para peserta pada hari akhir bengkel.

Secara keseluruhannya, pihak urusetia sangat berbesar hati kerana berpeluang mengendalikan kursus selama tiga hari ini. Maklum balas positif yang telah diterima sangat berguna bagi menambahbaik dan merancang program-program pada masa akan datang. Para peserta merakamkan penghargaan kepada IDFR kerana mengendalikan kursus yang sangat membina ini.

LNPD2 LNPD3

Disediakan oleh:
Muhammad Shafiy Mazlan
Pusat Kepimpinan, Perundingan dan Diplomasi Awam (LNPD)

Cetak Emel