logo ms

Selasa, 04 Oktober 2022

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Berita Terkini

SPKM: Kursus Orientasi Pra-Penempatan untuk Pegawai dan Pasangan 4/2019

SPKM420193

Pusat Kepimpinan, Perundingan dan Diplomasi Awam (LNPD), IDFR telah menganjurkan kursus SPKM siri keempat bagi tahun 2019 iaitu Kursus Orientasi Pra-Penempatan untuk Pegawai dan Pasangan 4/2019 dari 23 hingga 27 September 2019 di Menara MATRADE, Kuala Lumpur. Kursus ini dianjurkan khusus untuk para pegawai gred 38 dan ke bawah berserta pasangan mereka sebagai persediaan untuk menambahbaik kemahiran dalam hal ehwal diplomatik, pentadbiran dan etika sosial, serta meluaskan pengetahuan dalam amalan diplomasi antarabangsa untuk diamalkan pada penempatan mereka kelak.

Kursus ini telah dihadiri oleh 53 orang peserta yang terdiri daripada para penjawat awam dan pasangan mereka. Para pegawai daripada lapan buah kementerian dan agensi/jabatan kerajaan yang terlibat ialah Jabatan Perdana Menteri (JPM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Lembaga Tabung Haji (LTH) serta Kementerian Luar Negeri (KLN).

Matlamat kursus ini adalah untuk mendedahkan para peserta mengenai tugas dan tanggungjawab semasa ditempatkan di Perwakilan Malaysia di luar negera. Antara modul yang disediakan adalah sesi berkenaan Dasar Luar Negeri Malaysia, Etika Sosial dan Makan Beradab, Hal Ehwal Protokol dan Konsular di Perwakilan, Urusan Kewangan dan Audit, serta Urusan Pentadbiran dan Pengurusan Aset di Perwakilan Malaysia. Para peserta juga turut mengikuti sesi Pemerkasaan Keselamatan Peribadi yang disampaikan oleh pihak PDRM.

Sepanjang tempoh lima hari kursus berlangsung, IDFR percaya bahawa setiap pegawai telah dilengkapkan dengan segala aspek pengetahuan dan persediaan untuk ditugaskan di Perwakilan Malaysia di luar negara. YBhg. Dato’ Mohd Zamruni Khalid, Ketua Pengarah IDFR telah menyampaikan ucapan pada Majlis Penutup serta menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta pada hari terakhir kursus. Turut hadir ialah Encik Aiyub Omar, Pengarah LNPD.

SPKM420192 SPKM420194

Disediakan oleh:
Pusat Kepimpinan, Perundingan dan Diplomasi Awam (LNPD)

Cetak Emel