logo ms

Khamis, 30 Mei 2024

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Berita Terkini

Leadership Course for Mid-Level Diplomats 2020

LEADERSHIP20201

Pusat Kepimpinan, Perundingan dan Diplomasi Awam (LNPD), IDFR telah menganjurkan Leadership Course for Mid-Level Diplomats 2020 pada 10 hingga 12 Mac 2020. Seramai 14 orang pegawai dari Kementerian Luar Negeri (KLN), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) telah menyertai kursus ini yang diseliakan oleh Encik Brian Cracknell.

Kursus kepimpinan ini merangkumi kurikulum dan aktiviti-aktiviti berkumpulan seperti Intention and Perception on Leadership, “I” Specialist, International Leadership @ Work, dan Future Leaders @ Work. Encik Cracknell selaku penceramah juga menekankan lima prinsip kerja yang berkaitan dengan diplomasi seperti kebergantungan, prinsip-prinsip, pragmatisme, menjaga kepentingan dan kedaulatan negara, serta menyumbang kepada keadilan dan kesaksamaan dalam masyarakat antarabangsa. Bahan bacaan terpilih mengenai kepimpinan serta aktiviti-aktiviti berkumpulan juga ditekankan sebagai pendedahan kepada para peserta dalam memahami dan menghayati tentang gaya kepimpinan di abad ke-21 ini.

Program selama tiga hari ini telah disempurnakan dan sijil penyertaan telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Mohd Zamruni Khalid, Ketua Pengarah IDFR. Hadir sama ialah Encik Hamizan Hashim, Pengarah LNPD.

LEADERSHIP20202 LEADERSHIP20203 LEADERSHIP20204

Disediakan oleh:
Pusat Kepimpinan, Perundingan dan Diplomasi Awam (LNPD)

Cetak Emel