logo ms

Rabu, 06 November 2024

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Berita Terkini

Bengkel Kemahiran Media untuk Pegawai Peringkat Pertengahan 2020

media20202

Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) melalui Pusat Kepimpinan, Perundingan dan Diplomasi Awam (LNPD) telah berjaya menganjurkan Bengkel  Kemahiran Media untuk Pegawai Peringkat Pertengahan 2020. Bengkel ini telah diadakan di Hotel Dorsett, Jalan Imbi Kuala Lumpur pada 25 hingga 27 Ogos 2020. Bengkel ini dihadiri seramai 17 orang peserta dari Kementerian Luar Negeri, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Polis Diraja Malaysia, dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Matlamat penganjuran bengkel ini adalah untuk meningkatkan kesedaran para pegawai kerajaan terhadap peranan diplomasi awam di dalam mempromosikan dan mempertahankan kepentingan negara. Di samping itu, penganjuran bengkel ini juga dapat memberi pendedahan, persediaan dan perkongsian maklumat kepada pegawai-pegawai peringkat pertengahan (Gred 48-52) dalam menangani sesi soal jawab sidang media dan sesi temuramah melalui simulasi sidang media. IDFR juga telah menjemput Cik Wan Syahrina Wan Ab Rahman dari BERNAMA untuk berkongsi pengalaman beliau sebagai seorang pengamal media. Simulasi sidang media ini telah dikelolakan oleh YBhg. Datin Yusanani Yushak seorang perunding media profesional terkenal di Malaysia. Bengkel ini penting untuk para pegawai-pegawai peringkat pertengahan dan pegawai kanan kementerian dan agensi kerajaan yang terlibat secara langsung di dalam pengendalian sidang media dan diplomasi awam.

Sepanjang tiga hari bengkel ini dijalankan, IDFR percaya para peserta telah mendapat pengetahuan secukupnya di samping meningkatkan kesedaran mereka mengenai diplomasi awam dan kepentingan diplomasi awam di dalam mempromosikan kepentingan Malaysia. IDFR juga percaya para peserta juga telah memperolehi kemahiran yang diperlukan untuk berkomunikasi dan mengendalikan media secara lebih berkesan dalam konteks diplomasi awam dan advokasi. Majlis penutup bengkel ini telah disempurnakan pada hari terakhir kursus oleh Encik Hamizan Hashim, Pengarah LNPD dan disudahi dengan sesi penyampaian sijil kepada para peserta.

media20202 media20203 media20204

Disediakan oleh:
Pusat Kepimpinan, Perundingan dan Diplomasi Awam (LNPD)

Cetak Emel