Selasa, 10 Disember 2024

faq  contact us  feedback  Peta laman

SPKM Kursus Orientasi Pra-Penempatan untuk Pegawai dan Pasangan 1/2020

SPKM12020

Pusat Kepimpinan, Perundingan dan Diplomasi Awam (LNPD), IDHL telah menganjurkan kursus SPKM siri pertama bagi tahun 2020 iaitu Kursus Orientasi Pra-Penempatan untuk Pegawai Dalam Negeri dan Pasangan 1/2020, 21 hingga 30 September 2020 di Dewan Perdana, Menara MATRADE Kuala Lumpur. Kursus ini dianjurkan khusus untuk para pegawai (Gred 41 dan ke atas) berserta pasangan mereka sebagai persediaan untuk menambahbaik kemahiran di dalam hal ehwal diplomatik, pentadbiran, dan etika sosial serta meluaskan pengetahuan di dalam amalan diplomasi antarabangsa untuk diamalkan di dalam penempatan mereka kelak.

Kursus ini telah dihadiri oleh 63 orang peserta, terdiri daripada para penjawat awam dan pasangan mereka. Para pegawai daripada 12 kementerian dan agensi/jabatan kerajaan yang terlibat ialah dari Jabatan Perdana Menteri (JPM), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tourism Malaysia, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Kementerian Luar Negeri (KLN), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Majlis Amanah Rakyat (MARA), dan Yayasan Islam Negeri Kedah.

Kursus ini bermatlamat untuk mendedahkan para peserta mengenai urusan mereka terhadap tugas dan tanggungjawab semasa ditempatkan di Perwakilan Malaysia di luar negeri. Di antara modul yang disediakan adalah seperti syarahan berkenaan Dasar Luar Negeri Malaysia, Etika Sosial dan Makan Beradab, Hal Ehwal Protokol dan Konsular di Perwakilan, Urusan Kewangan dan Audit, serta Urusan Pentadbiran dan Pengurusan Aset di Perwakilan Malaysia. Para peserta juga turut memperoleh manfaat daripada sesi-sesi Pemerkasaan Keselamatan Peribadi, Pencegahan Keganasan dan Pencegahan Perisikan yang disampaikan oleh pihak Bahagian Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pusat Serantau Asia Tenggara bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT) dan Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri.

YBhg. Datin Sri Izdina Izaidin. Presiden Persatuan Wanita Kementerian Luar Negeri (PERWAKILAN) yang juga isteri kepada Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, hadir dan berkongsi pengalaman beliau sebagai seorang isteri diplomat di dalam slot “Peranan Pasangan di Perwakilan Luar Negeri.” Sepanjang tempoh lapan hari kursus berlangsung, IDFR percaya bahawa setiap pegawai telah dilengkapkan dengan segala aspek pengetahuan dan persediaan untuk ditugaskan di Perwakilan Malaysia di luar Negeri. YBhg. Dato’ Mohd Zamruni Khalid, Ketua Pengarah IDHL telah menyampaikan ucapan penutup serta menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta semasa upacara penutup pada hari terakhir kursus. 

SPKM120202 SPKM120203 SPKM120201

Disediakan oleh:
Pusat Kepimpinan, Perundingan dan Diplomasi Awam (LNPD)

fbk

twt

int

tk

yt