Selasa, 10 Disember 2024

faq  contact us  feedback  Peta laman

Kursus Pra-Penempatan untuk Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia dan Pasangan

HOM main

Kursus Pra-Penempatan untuk Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia dan Pasangan telah diadakan dari 29 September hingga 3 Oktober 2023, di Hotel Pullman Kuala Lumpur City Centre. Seramai 15 orang bakal Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia dan pasangan telah hadir ke kursus ini.


Objektif program ini adalah untuk memberi persediaan kepada peserta sebagai bakal Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia. Selain daripada meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam bidang diplomasi dan hubungan antarabangsa, kursus ini juga bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan kepimpinan mereka agar dapat menjalankan tanggungjawab yang bakal digalas dengan baik. Di samping itu, kursus ini turut memberikan pendedahan kepada pasangan mereka mengenai pelbagai peranan dan tugas yang akan dilaksanakan kelak.


Antara modul yang dijalankan adalah Pengendalian Media, Pengurusan Krisis, Protokol dan Etiket, Menguruskan Lawatan Rasmi di dalam dan Luar Negara, Pemantapan Intergriti dan juga sesi bersama agensi pelaburan negara MATRADE bertajuk Invest Malaysia.


Lawatan ke Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM) juga telah diatur untuk memberikan pendedahan kepada peserta tentang kelestarian alam sekitar agar mereka dapat mempromosikan kepelbagaian biodiversiti negara di peringkat antarabangsa. Para peserta kursus juga telah mengadakan kunjungan hormat kepada YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Luar Negeri dan YB Datuk Mohamad Alamin, Timbalan Menteri Luar Negeri. Selain daripada Majlis Makan Malam bersama Bekas-Bekas Duta, satu Majlis Makan Malam Diraja bersama DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Sultan Perak Darul Ridzuan dan Penaung Diraja IDFR turut diadakan.


Adalah diharapkan bahawa kursus ini telah dapat membantu membekalkan para peserta dengan ilmu, pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang. Semua bakal Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia telah menerima watikah pelantikan daripada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong di dalam sebuah majlis yang berlangsung di Istana Negara pada 4 Oktober 2023.

 HOM 1  HOM 2  HOM 3

fbk

twt

int

tk

yt