logo ms

Selasa, 10 September 2024

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Berita Terkini

SPKM: Kursus Pra-Penempatan untuk Pegawai dan Pasangan 3/2021

SPKM32021

Pusat Kepimpinan, Perundingan dan Diplomasi Awam (LNPD), IDFR telah menganjurkan kursus SPKM siri ketiga bagi tahun 2021. Kursus Pra-Penempatan untuk Pegawai dan Pasangan 3/2021 ini telah diadakan pada 31 Mei sehingga 10 Jun 2021 secara dalam talian. Kursus ini dianjurkan khas untuk pegawai-pegawai Gred 41 dan ke atas bersama pasangan, dengan tumpuan diberikan untuk meningkatkan kemahiran diplomatik, pentadbiran dan etika sosial para peserta, supaya lebih memahami amalan diplomasi antarabangsa yang dapat memudahkan urusan penempatan mereka kelak.

Seramai 119 peserta telah menghadiri kursus ini yang terdiri daripada 68 pegawai bersama 51 pasangan daripada pelbagai kementerian, jabatan dan agensi kerajaan. Mereka merupakan warga Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan IndustriKementerian Pendidikan MalaysiaKementerian Pengajian TinggiKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal PenggunaKementerian Kesihatan MalaysiaKementerian Pembangunan Usahawan dan KoperasiKementerian Pertanian dan Industri MakananKementerian PengangkutanKementerian Luar NegeriKementerian Dalam NegeriKementerian Pelancongan, Seni dan BudayaJabatan Perdana Menteri,Jabatan Pendaftaran NegaraJabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Imigresen MalaysiaJabatan Peguam Negara MalaysiaAngkatan Tentera MalaysiaPolis Diraja MalaysiaMajlis Amanah RakyatMajlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Malaysian Investment Development Authority.

SPKM merupakan satu kursus khas untuk membimbing para peserta dalam urusan pentadbiran dan pengurusan yang berkaitan dengan jawatan dan fungsi mereka di Perwakilan Malaysia di luar negara. Para peserta didedahkan dengan modul seperti Malaysia’s Foreign Policy; Roles of Spouses at Mission; Grooming and Social Etiquette; Protocol Matters Related to Foreign Service; Working as One; Fine-Dining, Reception and Official Entertaining; Media Skills; Cross Cultural Awareness; Consular Work at Mission; Promoting Palm Oil Industry; Asset Management, Administrative and Security Matters At Mission; Malaysia’s Public Diplomacy; SPLN Accounting System; Auditing Matters; Financial Management; Promoting Malaysia as the Preferred Trade, Investment and Tourist Destination; dan Integrity at Work.

Terdapat juga sesi Enhancing Personal Security, Counter Terrorism 101 dan Counter Espionage yang telah disampaikan oleh pihak Bahagian Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia, Pusat Serantau Asia Tenggara bagi Mencegah Keganasan dan Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri.

Berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan dan Sekatan Penuh yang diumumkan oleh Kerajaan Malaysia, kursus lapan hari ini telah dijalankan sepenuhnya secara dalam talian melalui Google Meet, manakala satu sesi iaitu Grooming and Social Etiquette telah dijalankan melalui Zoom seperti yang dimohon oleh penceramah, Encik Rudy Ludinata. Bagaimanapun, setiap sesi telah berjalan dengan lancar, dimana para penceramah dan peserta dapat mengekalkan interaksi yang berkualiti sepanjang kursus ini dijalankan.

IDFR telah membantu para pegawai secara amnya dalam melatih, membimbing dan mempersiapkan mereka sebelum bertugas di Perwakilan Malaysia di luar negara. Upacara penutup telah diadakan pada hari terakhir kursus di mana YBhg. Dato’ Mohd Zamruni Khalid, Ketua Pengarah IDFR turut menyampaikan ucapan beliau kepada para peserta. 

SPKM320213 SPKM320212 SPKM320211

Disediakan oleh:
Pusat Kepimpinan, Perundingan dan Diplomasi Awam (LNPD)

Cetak Emel