logo ms

Rabu, 28 September 2022

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Berita Terkini

Bengkel Diplomasi Awam untuk Pegawai Muda 2021

publicdiplomacy2021 1

Pusat Kepimpinan, Perundingan dan Diplomasi Awam (LNPD), IDFR, telah berjaya menganjurkan Bengkel Diplomasi Awam untuk Pegawai Muda bagi tahun 2021. Kursus ini telah diadakan secara dalam talian dari 28 hingga 30 September 2021 dan ditujukan untuk pegawai kerajaan Malaysia dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional gred 41 hingga 44 yang terlibat dalam diplomasi awam dan media dalam menyampaikan maklumat dan dasar kerajaan kepada masyarakat tempatan dan asing yang disasarkan.

Tujuh belas peserta yang telah menghadiri kursus ini terdiri daripada para pegawai daripada pelbagai kementerian, jabatan, dan agensi kerajaan Malaysia. Mereka merupakan warga Jabatan Kimia Malaysia, Jabatan Audit Negara, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia, Agensi Nuklear Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, dan Kementerian Pertahanan.

Kursus ini telah direka khas bagi para peserta untuk lebih memahami kepentingan diplomasi awam dan media dalam menyampaikan maklumat dan dasar kerajaan, dapat menyiapkan siaran akhbar yang baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, dan dapat berkomunikasi secara diplomatik dengan orang ramai di media tradisional dan media baru seperti Facebook dan Twitter. Para peserta didedahkan dengan modul seperti Media and Public Diplomacy; Press Release Writing (English); Handling Media During Crises; Press Release Writing (Bahasa Melayu); Press Release Writing (Discussion and Presentation); Mastering The New Media; Managing Public in Social Media Platform (Practical); Basic Live Interview (TV and Radio) dan Script Preparation and Mock-Up Online Interview. Modul-modul ini disampaikan oleh Pn. Salbiah Mohd Said, En. Nordin Abdullah, En. Mohd Razman Abdullah dan En. Gerard Ratnam beserta rakan rakan sekerja Cik Jessy Chahal dan Cik Sonia Ayesha.

Pengarah LNPD, Encik Hamizan Hashim telah menyampaikan penghargaan dan terima kasih khasnya kepada para penceramah dari BERNAMA kerana telah berkongsi pengalaman yang tidak ternilai kepada para peserta. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua peserta atas komitmen dan penyertaan yang aktif sepanjang kursus berlangsung.

publicdiplomacy2021 2 publicdiplomacy2021 4 publicdiplomacy2021 3

Disediakan oleh:
Pusat Kepimpinan, Perundingan dan Diplomasi Awam (LNPD)

Cetak Emel