logo ms

Rabu, 28 September 2022

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Berita Terkini

Majlis Pembukaan Program Diploma in Diplomacy (DiD) 1/2022

A89I8995

Majlis Pembukaan program Diploma in Diplomacy (DiD) 1/2022 telah diadakan di Bilik Triti, IDFR pada 14 Februari 2022 dan dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Dr Shazelina Zainul Abidin, Ketua Pengarah IDFR. Seramai 21 orang peserta terdiri daripada 18 orang pegawai daripada Kementerian Luar Negeri dan tiga orang pegawai daripada Jabatan Perdana Menteri mengikuti program ini sehingga 24 Jun 2022.

Majlis dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Ketua Pengarah IDFR dan diikuti oleh ikrar aku janji oleh peserta DiD 1/2022 yang diketuai oleh Encik Mohd Zhafrie bin Johari.

Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Puan Norli Muadza Mohd Noor, Pengarah, Pusat Pemerkasaan Kompetensi (CEC) diikuti dengan taklimat berkenaan Diplomasi Sukan oleh Encik Ruzaimi Mohamad, Pengarah, Pusat Diplomasi Bahasa dan Budaya. Sesi diteruskan dengan taklimat modul Bahasa Inggeris oleh Puan Sithira Devi Govindan; taklimat ringkat tentang IDFR oleh Puan Shanthini Subramaniam; dan lawatan ke Perpustakaan IDFR oleh Puan Siti Suzani Mohamed Taib. Para peserta turut dibawa melawat sekitar IDFR sebelum acara berakhir. 

A89I8941 A89I8959 1 A89I8982

Disediakan oleh:
Pusat Pemerkasaan Kompetensi (CEC)

Cetak Emel