logo ms

Selasa, 04 Oktober 2022

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Berita Terkini

Bengkel Diplomasi Awam untuk Pegawai Muda

Public Diplomacy 3

Bermula dari 21 hingga 23 Jun 2022, Pusat Kepimpinan, Perundingan dan Diplomasi Awam (LNPD) telah menganjurkan Bengkel Diplomasi Awam untuk Pegawai Muda, yang telah disertai oleh 30 peserta dari pelbagai kementerian dan agensi. Bengkel selama tiga hari ini dirangka khusus bagi pegawai kerajaan yang berada di peringkat awal kerjaya mereka. Bengkel ini meliputi asas diplomasi awam yang bertujuan membantu para peserta menggabungkan kemahiran diplomasi awam dalam kerja seharian mereka.

Bengkel selama tiga hari ini memberi pendedahan dan pengetahuan eksklusif kepada peserta melalui sesi ceramah interaktif, di mana peserta telah terlibat secara aktif dalam aktiviti menarik yang disediakan oleh penceramah yang berpengalaman dalam bidang mereka. Selain itu, peserta juga telah diberikan peluang untuk menjalani sesi praktikal menulis bahan-bahan media yang akan membantu menambah baik kemahiran perhubungan awam dan secara langsung menyumbang ke arah penyampaian maklumat secara berkesan, justeru melonjakkan kepentingan kementerian dan organisasi masing-masing, sama ada di media sosial mahupun secara berhadapan di sidang media.

Dalam ucapan penutup beliau, Encik Hamizan Hashim, Pengarah Pusat LNPD, berharap para peserta akan mempraktikkan apa yang telah dipelajari sepanjang tempoh bengkel untuk menambah baik kreativiti, produktiviti, ilmu dan kemahiran dalam usaha menguruskan diplomasi awam dan media. Seterusnya, beliau mengucapkan tahniah kepada semua peserta di atas komitmen yang telah ditunjukkan dan selamat maju jaya dalam menjalankan tugas di kementerian dan agensi masing-masing.

Public Diplomacy 3 Public Diplomacy 3 Public Diplomacy 3

Disediakan oleh:
Pusat Kepimpinan, Perundingan dan Diplomasi Awam (LNPD)

 

Cetak Emel