logo ms

Selasa, 04 Oktober 2022

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Berita Terkini

SPKM: Kursus Pra-Penempatan untuk Pegawai dan Pasangan 4/2022

SPKM42022 4

Siri keempat Kursus Pra-Penempatan untuk Pegawai dan Pasangan (SPKM) telah berjaya dilaksanakan pada 8 Julai 2022. Kursus utama anjuran IDFR ini telah berlangsung selama lima hari dan disertai oleh pegawai gred 38 dan ke bawah dari pelbagai kementerian dan agensi. Memandangkan SPKM 4/2022 ini merupakan siri pertama yang dianjurkan secara fizikal dalam tahun ini, IDFR amat teruja untuk menerima kehadiran semua peserta ke IDFR.

Sepanjang kursus ini berlangsung, para peserta telah didedahkan kepada sesi kursus secara intensif dan interaktif yang direka khusus untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran mereka terhadap asas-asas penting dalam hal penempatan di luar negara. Modul yang disediakan bukan sahaja merangkumi aspek peraturan dan protokol, malah juga perkongsian pengalaman oleh penceramah profesional dan pakar bidang. Semua peserta kursus bersetuju akan kepentingan kursus ini dalam menyediakan mereka sebelum menjalani kehidupan dan bertugas di luar negara. Para peserta turut diingatkan tentang kepentingan mempunyai fikiran positif sewaktu kerja berkumpulan demi memastikan kejayaan dalam penyampaian perkhidmatan.

Semasa acara penutup, Encik Hamizan Hashim, Pengarah Pusat Kepimpinan, Perundingan dan Diplomasi Awam memuji komitmen and penglibatan aktif para peserta sepanjang kursus berlangsung dan menyampaikan penghargaan kepada penceramah-penceramah di atas perkongsian pandangan dan sesi interaktif bersama peserta. Bertepatan dengan semangat perayaan Aidil Adha, beliau menghargai pengorbanan para peserta yang akan meninggalkan keselesaan di rumah masing-masing demi berkhidmat di luar negara, di samping menjaga nama baik Malaysia.

SPKM42022 3 SPKM42022 3 SPKM42022 3

Disediakan oleh:
Pusat Kepimpinan, Perundingan dan Diplomasi Awam (LNPD)

Cetak Emel