logo ms

Jumaat, 09 Disember 2022

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Berita Terkini

Pelancaran Buku 'Daftar Istilah Diplomasi dan Hubungan Antarabangsa'

istilah5

Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah melancarkan buku Daftar Istilah Diplomasi dan Hubungan Antarabangsa yang mengandungi sebanyak 1198 istilah sumber (Bahasa Inggeris) dan 1281 istilah sasar (Bahasa Melayu) pada 6 September 2022 di Auditorium Tun Abdul Razak, Kementerian Luar Negeri, Putrajaya. Majlis pelancaran ini diadakan bersempena dengan Persidangan Ketua-Ketua Perwakilan yang berlangsung pada 6 hingga 7 September 2022. Pelancaran buku ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia. 

Dalam ucaptama beliau, YAB Perdana Menteri telah merakamkan penghargaan kepada IDFR, DBP, dan ahli jawatankuasa Diplomasi dan Hubungan Antarabangsa yang terdiri daripada pegawai IDFR, DBP, KLN, berserta pakar bidang dan pakar bahasa daripada universiti tempatan atas kejayaan penerbitan buku tersebut.

Beliau turut menekankan bahawa penerbitan buku ini penting bagi merealisasikan hasrat kerajaan Malaysia untuk mempromosikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu yang dinamik serta meningkatkan imej negara dalam bidang diplomasi dan hubungan antarabangsa. 

istilah2 istilah2 istilah2

Disediakan oleh:
Pusat Diplomasi Bahasa dan Budaya (CLCD)

Cetak Emel