logo ms

Jumaat, 09 Disember 2022

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Berita Terkini

Kursus Kepimpinan untuk Pegawai Peringkat Pertengahan

LNPD1

Pusat Kepimpinan, Perundingan dan Diplomasi Awam telah menganjurkan Kursus Kepimpinan untuk Pegawai Peringkat Pertengahan yang berlangsung pada 20 hingga 22 September 2022. Kursus ini direka khas buat pegawai kerajaan Malaysia pada peringkat pertengahan bagi Gred 48 hingga 52 yang merangkumi keperluan kepimpinan bagi membantu membina kecekapan teras mereka dalam bidang ini.

Seramai dua puluh enam orang peserta hadir ke kursus tersebut. Mereka adalah terdiri daripada para pegawai dari pelbagai kementerian dan jabatan kerajaan Malaysia. Antara jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat adalah Jabatan Perdana Menteri, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kementerian Luar Negeri, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Perdangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Bantuan Guaman, Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Bagi membantu para peserta dalam mengukuhkan kemahiran utama yang paling diperlukan untuk mencapai kejayaan, maka mereka didedahkan  dengan pelbagai modul yang direka untuk meningkatkan kebolehan dan mengasah potensi mereka sebagai pemimpin pada masa hadapan di tempat kerja masing-masing. Sepanjang tiga hari kursus tersebut, mereka terlibat secara aktif dalam sesi kuliah interaktif, latihan main peranan, dan perbincangan berkumpulan.

Pada penghujung kursus, Puan Norlela Samad, Ketua Penolong Pengarah LNPD, telah menyampaikan ucapan penutupan program. Beliau merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pakar-pakar di atas penyampaian dan perkongsian bagi pandangan dan pengalaman bernilai mereka dengan para peserta. Beliau juga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua peserta atas penyertaan aktif mereka. Kursus ini diharap dapat meningkatkan kemahiran kepimpinan peserta dan membantu menzahirkan potensi sebenar mereka sebagai pemimpin masyarakat di organisasi masing-masing.

LNPD5 LNPD5  LNPD5

Disediakan oleh:
Pusat Kepimpinan, Perundingan dan Diplomasi Awam (LNPD)

Cetak Emel