logo ms

Jumaat, 09 Disember 2022

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

  • Laman Utama
  • Berita Terkini
  • Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP): ‘Diplomatic Training Course for the State of Palestine Participants 2022’

Berita Terkini

Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP): ‘Diplomatic Training Course for the State of Palestine Participants 2022’

Palestine1

Bermula dari 12 hingga 16 September 2022, Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) telah menganjurkan satu lagi program Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) pada tahun ini iaitu Diplomatic Training Course for the State of Palestine Participants. Kursus tersebut telah dihadiri oleh seramai 13 pegawai diplomatik dari Kementerian Luar Negeri Palestin. Kursus ini diadakan secara dalam talian untuk menekankan dan mendedahkan kemahiran penting kepada pegawai diplomatik yang terlibat terhadap dasar luar negara dan amalan diplomatik Malaysia, serta meningkatkan kecekapan dan kemahiran mereka dalam tadbir urus diplomatik dan hal ehwal luar negara.

Kursus selama lima hari ini merangkumi pelbagai topik dan memperkenalkan instrumen serta pengetahuan yang diperlukan untuk peserta melaksanakan tugas mereka dengan lebih berkesan. Antara topik tersebut ialah Malaysia’s Foreign Policy; Malaysia’s Bilateral and Multilateral Diplomacy Practices; Economic Diplomacy and Its Practices, Country Promotion, Public Diplomacy: Mission’s Experience; Media Relations and Media Skills; Strategic Leadership and Management; Integrity; International Negotiations, Futurist Thinking, Protocol Practices and Diplomatic Etiquette; and Ambassador Sharing Session.

IDFR amat menghargai kehadiran penceramah terkemuka dan Pakar Bidang Khusus (SME) yang telah berkongsi kepakaran dan pengalaman mereka bersama para peserta. Antara penceramah tersebut ialah Dato’ Dr Shazelina Zainul Abidin (Ketua Pengarah IDFR); Datuk Zahairi Baharim (Jabatan Hal Ehwal Dua Hala, Kementerian Luar Negeri Malaysia); Puan Aznifah Isnariah Abdul Ghani (Jabatan Hal Ehwal Pelbagai Hala; Kementerian Luar Negeri Malaysia); Encik Norjufri Nizar Edrus (Jabatan Perancangan dan Penyelarasan Dasar, Kementerian Luar Negeri Malaysia); Puan Mimi Kaur Ramday (Jabatan Konsular, Kementerian Luar Negeri Malaysia); Datuk Dr Anis Yusal Yusoff (Institut Kajian Etnik); Prof. Dr. Sufian Jusoh (Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa); Prof. Madya Dr Raja Kumar Murugesan (Fakulti Inovasi dan Teknologi, Taylor’s University); Encik Sophian Ab Rahman (Bahagian Protokol, Istana Negara); Encik Aznir Abdul Malek (Bekas Pengarah Kualiti, Tenaga Nasional Berhad); Encik Nizal Mohammad (Bekas Pengarah Media/Anchorman Media Prima/TV3); dan Puan Shanta Nagendram (SkillFocus Sdn Bhd).

Sepanjang kursus, semua peserta telah memberikan penglibatan penuh dalam berkongsi pemikiran mereka dan mengambil bahagian secara aktif dalam perbincangan kumpulan bersama penceramah. Melalui maklum balas yang diterima, semua peserta berpendapat bahawa kursus ini melebihi jangkaan mereka dan memberi manfaat kepada mereka dalam pelbagai cara, sama ada secara peribadi mahupun profesional. Kursus ini seterusnya diakhiri dengan penghantaran laporan kursus oleh setiap peserta yang menerangkan faedah kursus yang boleh menyumbang ke arah peningkatan dalam pengetahuan dan kemahiran diplomatik beserta kekurangan yang boleh diperbaiki. Adalah menjadi harapan agar penyertaan daripada negara Palestin dalam kursus MTCP akan terus berkembang pada masa hadapan, bagi meningkatkan semangat Kerjasama Selatan-Selatan dan ikatan utuh persaudaraan yang terjalin sekian lama bersama Malaysia.

Palestine3 Palestine3 Palestine3

Disediakan oleh:
Cik Hanun Insyirah Ishak dan Cik Aida Yasmin Azhar
Pusat Kajian Politik dan Diplomasi Ekonomi (PSED)

Cetak Emel