logo ms

Ahad, 29 Januari 2023

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Berita Terkini

2nd EU-IDFR Diplomacy Course 2022: 45 Years of ASEAN-EU Relations and the Road Ahead

EU 1

Pusat Kajian Politik dan Diplomasi Ekonomi (PSED), IDFR dengan kerjasama Delegasi Kesatuan Eropah (EU) ke Malaysia telah menganjurkan kursus 2nd EU-IDFR Diplomacy Course 2022: 45 Years of ASEAN-EU Relations and the Road Ahead bermula dari 26 sehingga 28 Oktober 2022. Kursus selama tiga hari ini diadakan secara dalam talian melalui platform Google Meet dan dihadiri oleh 53 pegawai diplomatik dan pegawai kanan kerajaan dari negara anggota ASEAN, yang berkhidmat di Kementerian Luar Negeri dan kementerian-kementerian lain yang berkaitan.

Tema Indo-Pasifik dipilih bagi kursus ini sebagai salah satu fokus utama hubungan ASEAN-EU yang telah lama terjalin. Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang inisiatif yang telah dilancarkan baru-baru ini, meneroka cara untuk memanfaatkan Perkongsian Strategik ASEAN-EU dalam landskap geopolitik Indo-Pasifik yang sedang berkembang, serta mengenalpasti peluang kerjasama terutamanya dalam bidang keselamatan dan ketersambungan maritim. Pendekatan ASEAN dan EU di rantau Indo-Pasifik telah diketengahkan dan sinergi dalam melaksanakan dokumen dasar masing-masing juga telah dibincangkan sepanjang kursus berlangsung.

Kursus dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada YBhg. Dato' Dr Shazelina Zainul Abidin, Ketua Pengarah IDFR dan juga Encik Lukas Gajdos, Timbalan Ketua Misi, Misi EU ke ASEAN. Di bawah tema “The EU And ASEAN: Partners for Stability in the Indo-Pacific?”, hari pertama kursus membincangkan dua topik yang berbeza. Encik Stavros Petropoulos dari European External Action Service (EEAS) telah menjelaskan topik “The EU’s Indo-Pacific Strategy: What’s in it for ASEAN?”. Bagi sesi kedua pula, Dr Gudrun Wacker, Felo Kanan - Bahagian Asia, German Institute for International and Security Affairs dan Dr. Lay Hwee Yeo, Pengarah Pusat EU, Singapura telah mengupas isu mengenai “ASEAN- EU Relations in an Era of Great Power Politics”.

Tema untuk hari kedua ialah “Maritime Security: Interests, Challenges and Prospects for Cooperation” di mana Pakar Bidang Khusus (SMEs) yang terkenal seperti Encik Giovanni Cremonini, Ketua Keselamatan Maritim dari European External Action Service (EEAS), telah mengetengahkan topik mengenai “The EU as a Maritime Security Provider”. Sesi kedua diteruskan dengan perbincangan mengenai “Maritime Security Challenges in ASEAN” oleh Dr. Adina Kamarudin dari Jabatan Hal Ehwal Maritim, Kementerian Luar Negeri, Malaysia dan Dr. Christian Schultheiss dari University of Cambridge, United Kingdom. Bagi mengakhiri hari kedua, Dr. Bruno Hellendorf dari University College London (UCL) dan Puan Sumathy Permal, dari Institut Maritim Malaysia (MIMA) telah menganalisis tentang “Prospects for ASEAN- EU Maritime Security Cooperation”.

Tema bagi hari terakhir kursus adalah mengenai “Connecting the EU and ASEAN: The Way Forward”. Dr. Maaike Okano Heijmans, Felo Penyelidik Kanan, Institut Clingendael, Belanda dan Dato’ Dr Mohamad Rameez Yahya, Menteri Kaunselor di Suruhanjaya Tinggi Malaysia, Namibia membincangkan topik tentang “The Global Gateway and EU – ASEAN Connectivity”. Seterusnya, sesi perbincangan interaktif bersama para peserta telah dikendalikan oleh Dr. Eva Pejsova dari Brussels School of Governance, Belgium, bersama Encik Harvinder Singh Ramday dari IDFR.

Kursus ini telah diakhiri dengan Ucapan Penutup oleh TYT Michalis Rokas, Duta Besar dan Ketua Delegasi EU ke Malaysia, diikuti oleh TYT Charles C. Jose, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Filipina ke Malaysia, dan seterusnya oleh Puan Nuryante Mohd Yazid, Pengarah PSED, IDFR.

EU 3 EU 3 EU 3

Disediakan oleh:
Cik Hanun Insyirah Ishak dan Cik Aida Yasmin Azhar
Pusat Kajian Politik dan Diplomasi Ekonomi (PSED)

 

Cetak Emel