logo ms

Khamis, 30 Mei 2024

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Berita Terkini

Ceramah Khas oleh Sir Mark Moody-Stuart

MARK1

Pada 25 November 2022, Pusat Kajian Politik dan Diplomasi Ekonomi (PSED), IDFR telah menjadi tuan rumah bersama Institut Pengajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam menganjurkan sebuah Ceramah Khas oleh Sir Mark Moody-Stuart, Bekas Pengerusi Global Compact Foundation, Bekas Naib Pengerusi Royal Dutch Shell dan Pengarah Saudi Aramco.

Ceramah Khas yang bertajuk “Responsible Leadership in the Face of Energy Challenge” telah diadakan dalam mod hibrid dengan kehadiran seramai 138 pegawai dari pelbagai kementerian dan agensi kerajaan, Perwakilan Malaysia di luar negara, kedutaan asing, kerajaan negeri, serta ahli akademia.

Sir Mark Moody-Stuart merupakan pemimpin korporat dengan pengalaman lebih daripada 20 tahun memimpin syarikat terkemuka dunia seperti Shell dan Aramco. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai ahli Majlis Penasihat Setiausaha Agung PBB untuk Global Compact dan kemudiannya dilantik sebagai Naib Pengerusi UN Global Compact Board (2006 hingga 2018) dan Pengerusi Global Compact Foundation (2006-2022). 

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Puan Nuryante Mohd Yazid, Pengarah PSED dan seterusnya ceramah dikendalikan oleh Profesor Dr Sufian Jusoh, Pengarah IKMAS. Melalui ceramah selama satu jam tersebut, Sir Mark Moody-Stuart telah berkongsi pengalaman dan pengajaran tentang cara terbaik pemimpin korporat boleh bekerjasama rapat dalam menangani cabaran berkaitan dengan kemapanan korporat, etika perniagaan, dan kepimpinan yang bertanggungjawab terutamanya dalam sektor tenaga.

Sesi bicara dua-hala tersebut juga menekankan peranan penting pemimpin korporat dan komitmen mereka dalam melaksanakan tanggungjawab untuk menangani cabaran global yang terus berkembang menjadi bentuk yang lebih kompleks dan memerlukan tindak balas segera. Ceramah kemudian disusuli dengan beberapa soalan yang diaju oleh para peserta di auditorium.

MARK3 MARK3 MARK3

Disediakan oleh:
Cik Hanun Insyirah Ishak dan Cik Aida Yasmin Azhar
Pusat Kajian Politik dan Diplomasi Ekonomi (PSED) 

Cetak Emel