logo ms

Khamis, 23 Mei 2024

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Berita Terkini

An Induction for Foreign Diplomats in Malaysia: Malaysia's Culture and Identity

 

Pusat Diplomasi Bahasa dan Budaya telah menganjurkan “Induction for Foreign Diplomats in  Malaysia: Malaysia’s Culture and Identity”. Program ini bertujuan memberi pendedahan  komprehensif mengenai proses diplomatik, gaya hidup serta budaya di Malaysia kepada  diplomat asing yang baru tiba di Malaysia. Program ini berlangsung selama dua hari, daripada  8 hingga 9 Mac 2023 dan telah dihadiri oleh 15 diplomat asing yang mewakili kedutaan asing  dan organisasi antarabangsa.  
 
Program ini bermula dengan ucapan aluan oleh Pengarah CLCD, dan merangkumi topik-topik  yang disampaikan oleh pegawai-pegawai berpengalaman daripada Wisma Putra, BERNAMA,  dan juga pakar budaya. Sepanjang tempoh kursus, para peserta telah diberi pendedahan  kepada keunikan budaya Malaysia, cara kerja Wisma Putra, Politik Malaysia, gelaran hormat  yang digunapakai di Malaysia, landskap media di Malaysia, serta mendapat pendedahan  tentang budaya kerja di Malaysia. Dalam salah satu sesi, lawatan ke BERNAMA telah diatur  dan para peserta juga dibawa melawat Bahagian-bahagian di Wisma BERNAMA.  
 
Di akhir program, para peserta menzahirkan kepuasan mereka terhadap pendedahan yang  diterima mengenai selok-belok kehidupan di Malaysia untuk membentuk asas yang kukuh  semasa penugasan diplomatik mereka di Malaysia. 
 
Pada 9 Mac 2023, Dato’ Dr Shazelina Zainul Abidin, Ketua Pengarah IDFR, telah  menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta. 

 

           MCI 1  MCI 2  MCI 3

Cetak Emel