Selasa, 10 Disember 2024

faq  contact us  feedback  Peta laman

Workshop on Lobbying Efforts

lobbying course main

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Peribahasa ini adalah sangat tepat untuk menggambarkan keberhasilan Workshop on Lobbying Efforts yang dijalankan oleh IDFR pada 11 April hingga 12 April 2023 bertempat di Hotel Marriott, Putrajaya .

Bengkel ini yang dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi membantu KPKT dalam mempersiapkan pencalonan Malaysia sebagai anggota Lembaga Eksekutif UN-Habitat adalah merupakan sebuah program tanpa perancangan awal berbanding semua program IDFR lain yang telah dirancang untuk sepanjang tahun. Ia merupakan suatu penghormatan buat IDFR yang telah diberikan kepercayaan untuk melaksanakan tugas bagi membantu kementerian tersebut dalam mencapai objektif pelobian. Bengkel ini bertujuan meningkatkan kefahaman para peserta tentang prosedur, strategi, dan taktik pelobian bagi mendapat tempat dalam organisasi antarabangsa serta memastikan agar Malaysia terpilih untuk menduduki posisi dan kedudukan yang sesuai. Objektif lainnya adalah untuk memberi kesedaran tentang persiapan yang diperlukan setelah undi dijalankan.

Dato' Dr Shazelina Zainul Abidin, Ketua Pengarah IDFR, dan Puan Aznifah Isnariah daripada Jabatan Hal Ehwal Pelbagai Hala, Kementerian Luar Negeri merupakan penceramah pakar bagi bengkel tersebut. Seramai 12 orang pegawai kerajaan telah menghadiri bengkel ini. Sepanjang dua hari bengkel dijalankan, para peserta telah menerima latihan berkaitan tindakan awal yang diperlukan dalam proses pelobian. Perbincangan telah dilakukan untuk membolehkan para peserta merancang pelan tindakan strategik bagi mencapai matlamat pelobian. Pada sesi akhir bengkel tersebut, para peserta diberikan penekanan tentang tugas penting berhubung dengan pengundian tersebut.

 

       lobbying course1 lobbying course2 lobbying course3     

fbk

twt

int

tk

yt