logo ms

Khamis, 23 Mei 2024

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Berita Terkini

Introduction to Knowledge Management Course

kmc main

Pusat Diplomasi Bahasa dan Budaya (CLCD) baru-baru ini telah menganjurkan kursus "Introduction to Knowledge Management" pada 3 Mei 2023, di Vivatel Kuala Lumpur. Seramai 21 kakitangan IDFR daripada pelbagai pusat dan bahagian telah menyertai kursus yang berlangsung selama satu hari itu.

Mengambil kira kepentingan sumber intelektual bagi pembangunan organisasi, CLCD percaya bahawa IDFR harus mengurus sumber-sumber yang berharga secara sistematik. Bagi merealisasikan aspirasi tersebut, adalah penting bagi semua kakitangan IDFR untuk dilengkapi dengan maklumat mengenai knowledge management. Kursus "Introduction to Knowledge Management" telah dianjurkan bagi mencapai objektif utamanya iaitu — untuk memberi kesedaran tentang knowledge management dalam kalangan peserta serta menggalakkan amalan terbaik dalam knowledge management di IDFR. Sehubungan dengan ini, kandungan kursus telah memberi peluang kepada para peserta untuk memahami maksud knowledge management, membincangkan kepelbagaian ilmu pengetahuan yang ada, mengenali model pengetahuan, pendedahan kepada contoh aktiviti knowledge management dan pengajaran yang diperoleh daripada inisiatif knowledge management yang dilaksanakan oleh jenama-jenama besar.

Kursus selama satu hari itu dikendalikan oleh seorang pakar knowledge management iaitu Dr Khairil Hizar Md Khuzaimah. Berdasarkan pengalaman luas beliau dalam menyelia amalan knowledge management, Dr Khairil telah berjaya menyampaikan intipati knowledge management secara berkesan kepada para peserta. Hasil daripada kursus ini, para peserta telah memahami konsep knowledge management dan bersedia untuk mempraktikkan amalan tersebut di IDFR.

 

                   kmc 1 kmc 2 kmc 3

Cetak Emel