logo ms

Khamis, 23 Mei 2024

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Berita Terkini

SPEED: Bengkel Pembangunan Bahasa Inggeris untuk Setiausaha dan Pembantu Peribadi

speed main

IDFR telah menganjurkan “Bengkel Pembangunan Asas Bahasa Inggeris Setiausaha dan Pembantu Peribadi (SPEED)” di Hotel Sunway Velocity. Objektif bengkel adalah untuk meningkatkan keupayaan kemahiran komunikasi peserta, termasuk kemahiran bertutur, menulis dan mendengar dalam Bahasa Inggeris. Seramai 24 setiausaha dan pembantu peribadi daripada pelbagai kementerian dan jabatan telah menghadiri bengkel tersebut..
Bengkel dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Pn. Sithira Devi A/P Govindan, pengurus projek dan Ketua Penolong Pengarah Kanan CLCD. Bengkel ini dijayakan oleh penceramah dalaman dari Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) dan perunding luar yang berpengalaman. Pelbagai aspek komunikasi berkesan telah diaplikasikan dalam konteks yang berbeza bagi memastiksan tahap kefahaman peserta meningkat seperti yang diharapkan. Para peserta berpeluang untuk mendalami kemahiran penting seperti etika semasa berurusan dengan pelanggan, penulisan e-mel dan surat yang berkesan, mempengerusi dan mengendalikan acara atau program, teknik-teknik dalam mempengerusikan majlis serta pengucapan awam.
Para peserta mengakhiri bengkel dengan rasa puas yang mendalam serta mendapat petua-petua dalam melaksanakan tanggungjawab harian mereka dengan berkesan daripada para penceramah.
Pada 2 Jun 2023, Pengarah Pusat Diplomasi Bahasa dan Budaya (CLCD), IDFR,telah menyampaikan sijil kehadiran kepada para peserta dan menyatakan agar harapan kandungan kursus menepati objektif peserta yang menghadiri bengkel tersebut.

 

                   speed 1  speed 2  speed 3

Cetak Emel