logo ms

Khamis, 23 Mei 2024

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Berita Terkini

Program MAD - ‘Making A Difference’ (Program Perubahan Minda)

MAD main

IDFR baru-baru ini telah menganjurkan kursus “Perubahan Minda (MAD)" yang telah menganjurkan kursus pada 7-8 Jun 2023. Ini merupakan projek pembangunan modal insan pertama yang bertujuan untuk menggalakkan perubahan pemikiran bagi mencetuskan inisiatif baharu dan menyalurkan tenaga ke arah memaksimumkan prestasi di tempat kerja dan di rumah.
Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh pengurus projek, Pn. Sithira Devi A/P Govindan dan penceramah jemputan, Encik Anas Zubedy. Kursus ini melengkapkan peserta dengan cara pemikiran berlandaskan perubahan dalam bekerja secara berpasukan dan berkomunikasi secara berkesan di tempat kerja dan di rumah. Sepanjang kursus, pembelajaran berasaskan pengalaman telah diterapkan melalui permainan, latihan, lagu, dinamik kumpulan, dan lakonan yang melahirkan kesedaran diri dan semangat kekitaan. Di akhir program, para peserta merakamkan penghargaan mereka di atas ilmu pengetahuan dan kesedaran yang mereka perolehi daripada kursus tersebut.
Kursus dua hari ini dihadiri peserta dari pelbagai pusat dan unit dalam Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR).

 

       MAD 1  MAD 2  MAD 3

Cetak Emel