International Diplomacy: Communication and Culture (CIDCC)
Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) dengan kerjasama daripada Bahagian Pembangunan Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah berjaya mengadakan kursus pertama International Diplomacy: Communication and Culture dari 2 hingga 3 Ogos 2023. Kursus tersebut telah dihadiri oleh 40 orang peserta daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di bawah ASEAN Health Cluster Focal Points, KKM.
Mengambil kira kepentingan mempunyai pemahaman dan kesedaran silang budaya dalam berurusan dengan hal ehwal ASEAN, modul untuk kursus itu direka bentuk untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan amalan diplomatik antarabangsa, komunikasi antara budaya dan kepelbagaian budaya. Para peserta juga didedahkan dengan sesi yang terdiri daripada perkongsian pengetahuan mengenai Cultural Diplomacy in the ASEAN Arena, Cross-cultural and Intercultural Communication, the Effects of Culture on Bilateral and Multilateral Relations, Language and Diplomacy, Cultural Intelligence dan Developing Cultural Competence and Diplomacy based on MADANI Related Values. Kursus ini juga menyentuh tentang Official Correspondence di mana para peserta didedahkan dengan teknik dan kemahiran dalam merangka nota intervensi, nota konsep, dan penulisan laporan.
Melalui sesi kuliah, perkongsian dan aktiviti yang interaktif, para peserta memperoleh pemahaman menyeluruh yang melangkaui kecekapan budaya. Mereka juga lebih menyedari tentang 'identiti' yang perlu dimiliki sebagai seorang rakyat Malaysia serta kepentingan dalam mematuhi prosedur diplomatik di samping mengutamakan kepentingan negara.