logo ms

Isnin, 20 Mei 2024

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Berita Terkini

SiMPLE: Special Malay Proficiency Language Enhancement Programme Series 1/2023

simple main

Pusat Diplomasi Bahasa dan Budaya (CLCD) telah menganjurkan kursus SiMPLE: Special Malay Proficiency Language Enhancement Programme pada 5 Mei hingga 25 Julai 2023. Kursus ini telah melibatkan 24 Kakitangan Ambilan Tempatan (KAT) dari malawakil-malawakil Malaysia di benua Asia-Pasifik. Program 42 jam ini telah menawarkan pendedahan terhadap Sistem Hurus Vokal, Pembetukan dan Kelas Kata. Selain itu, berkomunikasi secara asas serta aspek pemahaman dan penulisan seperti melengkapkan borang juga diberi penekanan sebagai elemen tambahan kepada modul yang sedia ada.

Program yang dijalankan secara dalam talian oleh Munsyi Bahasa, Dr Junaini Kasdan dari Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah memberi pendedahan kepada peserta kursus pelbagai aspek berkomunikasi dalam Bahasa Melayu. Selain daripada itu, program juga adalah untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Malaysia di kalangan KAT.

Sesi praktikal seperti sesi berinterkasi bersama KAT dari Malawakil yang lain serta penghasilan video turut diselitkan sepanjang program ini. Ianya telah mendapat penyertaan dan respon yang baik dari KAT yang merangkumi Malawakil New Delhi, Mumbai, Chennai, Islamabad, Karachi, Dhaka, Kathmandu, Colombo, Ashgabat dan Astana yang terlibat.

Pada 1 Ogos 2023, Pusat Diplomasi Bahasa dan Budaya mengadakan majlis penyampaian sijil kepada semua peserta kursus. Majlis ini diadakan secara dalam talian. KAT dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi, India pula telah berpeluang menerima sijil dan berinteraksi dalam Bahasa Melayu bersama Ketua Pengarah IDFR, Dato’ Dr Shazelina Zainul Abidin semasa lawatan kerja beliau ke India.

 

        simple 1   simple 2   simple 3

 

Disediakan oleh:
Pusat Diplomasi Bahasa dan Budaya
Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri

Cetak Emel