Khamis, 23 Januari 2025

faq  contact us  feedback  Peta laman

Kursus Induk Perundingan Pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia

nmho main

Kelas Induk Perundingan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berakhir dengan jayanya pada 10 September 2023 di Avillion Admiral Cove, Port Dickson telah membuahkan hasil kepada para peserta. Walaupun terpaksa mengorbankan hujung minggu mereka, kesemua lapan belas peserta menerima latihan perundingan yang bernas daripada penceramah pakar dalam bidang tersebut.
Latihan yang disesuaikan khas oleh IDFR atas permintaan KKM ini dianjurkan dengan kerjasama kementerian untuk membantu peserta mengasah kebolehan perundingan mereka. Bertanggungjawab membantu kementerian dalam mencapai matlamat perundingannya adalah merupakan satu penghormatan bagi IDFR.
Sepanjang tiga hari itu, para peserta didedahkan dengan modul berkaitan perundingan yang komprehensif, yang memberikan pandangan berharga tentang proses perundingan dari awal hingga akhir. Di samping mempelajari pengetahuan teori, mereka berpeluang untuk melibatkan diri dalam simulasi perundingan pelbagai hala sambil mempelajari strategi dan teknik yang berguna dalam seni perundingan. Setiap sesi telah disampaikan oleh penceramah terkemuka dari kor diplomatik serta penceramah yang berpengalaman luas dalam bidang perundingan.
Secara keseluruhan, peserta amat komited dan memberikan kerjasama yang baik sepanjang sesi. Kursus ini mendapat maklum balas positif daripada para peserta. Semua peserta telah diberikan sijil penyertaan, melambangkan kejayaan menyelesaikan perjalanan inspirasi mereka dalam kelas induk perundingan. Ia adalah kursus yang luar biasa, dipenuhi dengan perbincangan yang bermanfaat dan pandangan yang tidak ternilai. Semoga pendedahan berharga ini memberi kesan positif dan menambah baik hasil perundingan masa depan untuk para peserta.

 

          nmho 1  nmho 2  nmho 3

fbk

twt

int

tk

yt