logo ms

Selasa, 25 Jun 2024

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Berita Terkini

Course on the International Front Series 2/2023

cifs main

Pusat Diplomasi Bahasa dan Budaya (CLCD), Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) telah mengadakan kursus selama tiga hari, dinamakan Course on the International Front Siri 2/2023, dari 18 hingga 20 Oktober 2023, di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur, dengan kerjasama daripada Jabatan Perkhidmatan Awam. 20 peserta daripada pelbagai kementerian, khususnya, Jabatan Perkhidmatan Awam; Kementerian Komunikasi dan Digital; Kementerian Kerja Raya; Kementerian Kesihatan; Kementerian Belia dan Sukan; Kementerian Pendidikan; Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi; Kementerian Perpaduan Negara; Kementerian Pengangkutan; Institut Tadbiran Awam Negara; dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, telah menyertai kursus ini.

Matlamat kursus ini adalah untuk meningkatkan pemahaman mereka tentang hubungan antarabangsa dan amalan diplomatik. Selain daripada itu, peserta-peserta juga didedahkan kepada kemahiran interpersonal, pengurusan dan kemahiran sosial yang diperlukan. Malaysia’s Foreign Policy; Protocol Matters and Handling of Visits; Promoting Malaysia as the Preferred Investment and Tourist Destination; Cross-Cultural Understanding and Cultural Intelligence; Diplomatic Presence; International Negotiation; Taking the Floor as well as Fine Dining Practicum adalah tajuk-tajuk yang telah disampaikan oleh barisan pakar bagi setiap bidang dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Para peserta telah terlibat dalam perbincangan yang aktif, komunikasi yang interaktif, dan pengalaman pembelajaran yang positif sepanjang kursus berlangsung. Kursus ini disempurnakan dengan sesi perkongsian sebagai diplomat kanan yang telah disampaikan oleh bekas Duta Besar Malaysia, Dato’ Sudha Devi K.R Vasudevan. Kursus ini kemudiannya diikuti dengan ucapan penutup oleh YBrs. Nor Mazny Abdul Majid, Pengarah bagi Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar, Jabatan Perkhidmatan Awam, dan juga majlis penyampaian sijil oleh YBhg. Dato’ Syed Bakri Syed Abdul Rahman, Ketua Pengarah, Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri.

 

cifs 1  cifs 2  cifs 3

Cetak Emel