logo ms

Khamis, 18 April 2024

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Berita Terkini

An Induction for Foreign Diplomats in Malaysia: Malaysia's Culture and Identity

MCI2024 main

Pusat Diplomasi Bahasa dan Budaya (CLCD), Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) telah menganjurkan kursus “An Induction for Foreign Diplomats in Malaysia: Malaysia’s Culture and Identity” yang telah berlangsung dari 10 hingga 11 Januari 2024. Kursus tersebut telah dihadiri oleh sembilan belas (19) orang diplomat asing yang mewakili kedutaan masing-masing dan organisasi antarabangsa. Daripada jumlah tersebut, dua daripadanya merupakan Pesuruhjaya Tinggi dan Bakal Duta Besar.

Kursus ini dilaksanakan untuk mendedahkan para peserta kepada fungsi dan struktur Kerajaan Malaysia dan keunikan budaya, kehidupan serta interaksi di Malaysia.

Ketua Pengarah IDFR, Dato’ Syed Bakri Syed Abdul Rahman dalam ucapan aluannya, menggalakkan para peserta menggunakan peluang ini untuk memperoleh pengetahuan tentang aspek kehidupan di Malaysia dan membentuk asas pengetahuan yang kukuh dalam tempoh perkhidmatan diplomatik mereka di Malaysia. Program ini juga menampilkan ceramah oleh pengamal bidang daripada Kementerian Luar Negeri, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) dan pakar budaya yang merangkumi selok-belok budaya Malaysia, penggunaan gelaran hormat dan peranan Kementerian Luar Negeri.

Untuk sesi ‘The Press and Media Landscape’ para peserta telah diberi pendedahan berhubung landskap media negara, kewartawanan data dan sistem pemeriksaan fakta yang merupakan inisiatif BERNAMA. Selain itu, para peserta juga berpeluang untuk merasai keunikan buah-buahan tempatan yang dibawa oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Di akhir kursus, para peserta mendapati kursus ini bermanfaat kerana ia mendedahkan mereka kepada pengetahuan teori dan kemahiran praktikal dalam bidang berkaitan dengan budaya dan diplomasi Malaysia.

     MCI 1  MCI2024 2  MCI2024 3

Cetak Emel