Economic Diplomacy Course
Pusat Kajian Politik dan Diplomasi Ekonomi (PSED), IDFR telah menganjurkan Economic Diplomacy Course pada 6 hingga 8 Mac 2024. Kursus selama tiga hari itu diadakan secara fizikal di Hotel Grand Millennium, Kuala Lumpur dengan kehadiran seramai 18 peserta. Para peserta yang hadir terdiri daripada pegawai gred 44 - JUSA C dari Jabatan Perdana Menteri; Kementerian Luar Negeri; Kementerian Pertahanan; Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat; Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya; Kementerian Ekonomi; Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri; Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi; Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia; Parlimen Malaysia; Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Langat; serta Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Penang, Perak, Perlis, Terengganu, Selangor and Sarawak.
Antara modul meliputi kursus ini ialah Malaysia’s International Trade Promotion; ASEAN Economic Community and Current Practices; Malaysia’s Bilateral Economic Diplomacy; Return of Investments (ROI) for Organisations; dan Strategic Analysis Methods for Economic Investments. Kursus ini antara lain menekankan tentang rangka kerja teori dan praktikal berkaitan diplomasi ekonomi termasuk teori perdagangan antarabangsa, pembangunan ekonomi serta strategi pelaburan.
IDFR juga telah menjemput penceramah berpengalaman serta Pakar Bidang Khusus (SMEs) untuk berkongsi kepakaran dan pandangan mereka bersama peserta. Antara penceramah bagi kursus ini ialah Encik S. Jai Shankar (Pengarah, Bahagian Promosi Eksport & Akses Pasaran, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia); Puan Rajeswari Veerasanai (Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Integrasi Ekonomi ASEAN, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri); Encik Qarrem Kassim dan Encik Jaideep Singh (Penganalisis, Ekonomi, Perdagangan dan Integrasi Serantau, Institute of Strategic & International Studies (ISIS) Malaysia); Encik Aznir Abdul Malek (Mantan Pengarah Kualiti, Tenaga Nasional Berhad); and Encik Mohamed Zakariya Othman (Pakar Kewangan). Para peserta juga berkesempatan untuk bertemu dengan Dato' Syed Bakri Syed Abdul Rahman (Ketua Pengarah IDFR) bagi sesi makan tengah hari.
Selama tiga hari kursus berlangsung, para peserta telah melibatkan diri secara aktif sepanjang kursus, sesi perbincangan kumpulan, dan juga aktiviti simulasi bersama penceramah. Pada hari terakhir, semua peserta telah dianugerahkan sijil penyertaan daripada Encik Harvinder Singh Ramday, PYMT Ketua Pusat PSED atas kejayaan mereka dalam menamatkan kursus Economic Diplomacy Course.
Disediakan oleh:
Cik Hanun Insyirah Ishak dan Cik Aida Yasmin Azhar
Pusat Kajian Politik dan Diplomasi Ekonomi (PSED)