logo ms

Rabu, 24 Julai 2024

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

  • Laman Utama
  • Berita Terkini
  • Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP): Diplomatic Training Course for International Participants 2024

Berita Terkini

Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP): Diplomatic Training Course for International Participants 2024

MTC DTC2024 main

Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) telah menjalankan Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP): Diplomatic Training Course for International Participants bermula dari 12 hingga 23 Mei 2024. Seramai lima belas (15) pegawai diplomat dari Algeria, Bangladesh, Bosnia dan Herzegovina, Brunei, Cuba, Fiji, Georgia, Ghana, Iraq, Jordan, Laos, Maldives, Nepal, Filipina, Venezuela dan dua pegawai Kementerian Luar Negeri Malaysia telah menghadiri kursus ini di Kuala Lumpur.

Sepanjang tempoh kursus, para peserta berpeluang mendalami pemahaman komprehensif tentang diplomasi dan kemahiran praktikal daripada penceramah berpengalaman mengenai modul seperti Introduction to Malaysia; Introduction to MTCP; Malaysia’s Foreign Policy; Malaysia’s Bilateral and Multilateral Diplomacy Practices; Malaysia and ASEAN; Role of Public Diplomacy in Foreign Policy; Strategic Leadership and Quality Management for Officers; Mastering the Art of Communication Through Traditional and New Media; Case Presentations on Effective Media Communication; International Negotiations; dan Protocol Practices and Diplomatic Etiquette.

Selain sesi pembelajaran di kelas, para peserta berpeluang melawat pusat pentadbiran dan kawasan pelancongan terkenal di Putrajaya dan Kuala Lumpur seperti Batu Caves, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Kompleks Kraf Kuala Lumpur serta merasai gastronomi tempatan melalui sesi Malaysian Food Diplomacy. Para peserta juga berkesempatan melawat ke Sarawak selama tiga hari dalam usaha memahami perkembangan ekonomi dan sosial negeri tesebut melalui beberapa siri taklimat dan sesi rangkaian bersama pegawai dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak, Sarawak Energy Berhad dan Pejabat Wilayah Sarawak, Kementerian Luar Negeri Malaysia. Di samping itu, para peserta dapat merasai sendiri kekayaan budaya dan warisan Sarawak melalui lawatan ke Muzium Budaya Borneo dan Kampung Budaya Sarawak.

Secara keseluruhannya, para peserta memberikan komitmen dan penglibatan sepenuhnya dalam setiap sesi dan memberikan maklum balas positif terhadap program ini. Pada hari terakhir kursus, Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil telah diadakan bagi menyampaikan sijil penyertaan pada para peserta. Turut hadir semasa majlis tersebut ialah TYT Md Shameem Ahsan (Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh); TYT Florentino Batista-Gonzalez (Duta Besar Cuba); TYT Dr Ismael Maddallah Suliman Maaytah (Duta Besar Jordan); TYT Dilli Raj Poudel (Duta Besar Nepal); Encik Saidi Ali (Minister Plenipotentiary of Algeria); Encik Mohd Aizul Hakim bin Pehin Dato Hj Suyoi (Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Brunei Darussalam); Encik Shalva Datiashvili (Chargé d'Affaires Georgia); Encik Ibrahim Shaaz Habeeb (Chargé d'Affaires Maldives); Encik Enrique González Kong (Chargé d'Affaires Venezuela) serta wakil dari kedutaan Iraq, Laos dan Filipina bagi meraikan peserta yang telah berjaya menamatkan kursus tersebut.

 

 MTC DTC2024 1  MTC DTC2024 2  MTC DTC2024 3

Disediakan oleh:
Cik Hanun Insyirah Ishak dan Cik Aida Yasmin Azhar
Pusat Kajian Politik dan Diplomasi Ekonomi (PSED)

Cetak Emel