logo ms

Selasa, 10 September 2024

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Berita Terkini

Course on Intercultural Communication and Cultural Diplomacy 2024 (CICAD)

CIDAD2024 main

Pusat Diplomasi Bahasa dan Budaya telah berjaya menganjurkan kursus Course on Intercultural Communication and Cultural Diplomacy 2024 (CICAD) pada 16 hingga 17 Julai 2024 yang dihadiri 32 peserta. Kursus tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pegawai dari pelbagai kementerian dan agensi iaitu daripada Kementerian Luar Negeri, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pengajian Tinggi, Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Landskap Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Premier Sarawak, Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak, dan Malaysia-China Youth Council.

Sepanjang kursus dijalankan, para peserta terlibat dalam sesi ceramah bagi meningkatkan pemahaman mereka tentang diplomasi budaya dan kebijakan budaya. Antara topik yang dibincangkan termasuk Nilai Madani dalam Masyarakat Pelbagai Budaya Malaysia, Diplomasi Budaya, Komunikasi Silang Budaya dan Antara Budaya, Pengantaraan dan Penggunaan Bahasa dalam Konflik Sensitif Budaya, Diplomasi Budaya di Arena ASEAN dan Kebijakan Budaya. Melalui sesi simulasi pula, para peserta dapat mengambil bahagian secara aktif, sekaligus melengkapkan diri dengan kemahiran teknikal yang diperlukan untuk mengemudi persekitaran pelbagai budaya.

Selain itu, peserta kursus juga berpeluang memanfaatkan dua sesi Lunch Talk. Sesi pertama membahaskan kesan budaya ke atas hubungan dua hala serta pelbagai hala dan sesi kedua memberi tumpuan dalam menangani perbezaan silang budaya. Sesi-sesi ini memperkayakan lagi pengalaman pembelajaran para peserta, memberi ruang untuk berinteraksi dan bertukar idea mengenai topik-topik yang penting.

Kursus tersebut berakhir dengan majlis penyampaian sijil oleh Dato’ Syed Bakri Syed Abdul Rahman, Ketua Pengarah IDFR. Kesimpulannya, para peserta mendapati topik- topik yang dibincangkan meningkatkan kemahiran dan keyakinan mereka dalam mengurus dan merapatkan jurang pemahaman budaya secara berkesan.

   CIDAD2024 1 CIDAD2024 2 CIDAD2024 3

Cetak Emel