logo ms

Selasa, 15 Oktober 2024

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Berita Terkini

Public Diplomacy Course for Junior Officers 2024

PDC2024 main

Pusat Kepimpinan, Perundingan dan Diplomasi Awam (LNPD) telah menganjurkan Kursus Public Diplomacy Course for Junior Officers 2024 dari 25 hingga 27 Jun 2024. Kursus tersebut telah disertai oleh 26 pegawai daripada 15 kementerian dan agensi – Jabatan Perdana Menteri, Parlimen Malaysia, Kementerian Ekonomi, Kementerian Kewangan, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Komunikasi, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, serta penyertaan daripada Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pulau Pinang.


Kursus tiga hari itu menampilkan syarahan mengenai Diplomasi Awam Malaysia dan perkongsian pengetahuan mengenai kenyataan akhbar dan kenyataan. Para peserta menjalani latihan praktikal dalam amalan terbaik untuk menggunakan media baharu untuk mempromosi dan mendidik orang ramai berkenaan dasar awam. Amalan terbaik tentang cara mengendalikan media dan menentang maklumat yang salah, isu tentang hate speech dan kajian kes mengenai kegagalan Diplomasi Awam juga telah dibincangkan dalam kursus ini. Para peserta berpeluang belajar daripada pegawai yang berpengalaman dari Wisma Putra, penyelidik pakar IDFR, bekas pegawai terkemuka dalam bidang diplomasi awam dan pensyarah universiti awam.


Semasa majlis penutup, Pengarah LNPD, YBhg. Dato’ Agus Salim Yusof menekankan kepentingan mengintegrasikan pengetahuan dan kemahiran diplomasi awam ke dalam rutin kerja harian peserta. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada para peserta atas dedikasi mereka dan berterima kasih kepada barisan penceramah dalam berkongsi ilmu dan pengalaman yang tidak ternilai dengan para peserta.

                  PDC2024 1  PDC2024 2  PDC2024 3

Cetak Emel