Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) menganjurkan Media Skills Workshop for Mid-Level Officers dari 15 hingga 17 Julai 2025 di Kuala Lumpur. Lima belas (15) peserta dari pelbagai kementerian dan agensi, telah menghadiri bengkel tersebut. Bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman dan kesedaran peserta berkenaan media dan kepentingannya; dan melengkapkan peserta dengan kemahiran yang diperlukan untuk mengendalikan media dengan berkesan.
Penceramah jemputan bagi bengkel tersebut terdiri daripada pakar dari bidang media, dari pelbagai sektor iaitu daripada kerajaan, institusi akademik dan sektor swasta. Perbincangan utama termasuk komunikasi krisis, menangani maklumat yang salah, mencipta mesej yang jelas, panduan mengurus emosi dalam situasi tekanan tinggi, dan menguruskan media dengan penuh keyakinan. Bengkel itu juga membincangkan kepentingan bekerja sebagai satu kumpulan diantara kementerian-kementerian yang berbeza dalam mewujudkan sinergi dan menyampaikan mesej yang lebih koheren berhubung dengan mana-mana pelaksanaan dasar kerajaan. Para peserta juga membuat refleksi daripada cabaran media terdahulu dan meneroka bagaimana pengalaman ini boleh membantu mencegah isu yang sama pada masa hadapan. Pakar memperkenalkan pendekatan baharu dan amalan baru muncul dalam bidang media, menekankan tadbir urus jangkaan yang melibatkan persediaan lebih awal dan bukannya bertindak balas hanya apabila situasi meningkat.
Para peserta sangat teruja dengan bengkel ini, amat terbuka dalam berkongsi cabaran tugasana harian mereka. Mereka telah mendapat manfaat dalam perkongsian pengalaman daripada rakan sekerja dan mempunyai sesi sumbang saran yang bermanfaat tentang inisiatif baru untuk meningkatkan pengurusan media dan memastikan komunikasi kerajaan kekal berwibawa dan memberi kesan.
Secara keseluruhannya, Media Skills Workshop for Mid-Level Officers 2025 telah berjaya mencapai objektifnya, mengukuhkan literasi media dan melengkapkan pegawai dengan pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan untuk mengendalikan penglibatan media dengan lebih profesional.