logo ms

Rabu, 28 September 2022

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Perutusan Ketua Pengarah

dato hussin

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu IDFR

Saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua warga IDFR.

Bersempena dengan sambutan permulaan tahun 2015, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada semua di IDFR di atas komitmen, usaha dan sokongan yang diberikan oleh anda pada tahun-tahun yang lalu dalam usaha memperkembang, memacu dan menjadikan institusi ini bersedia untuk langkah seterusnya dalam proses transformasi.

Tahun 2014 melihat IDFR memulakan perjalanan transformasi yang sukar sejajar dengan usaha kerajaan dan Wisma Putra untuk “mentransformasikan kerajaan agar menjadi lebih efektif dalam penyampaian perkhidmatan dan bertanggungjawab atas keberhasilan yang menjadi keutamaan kepada rakyat” dan “memacu Malaysia ke arah melahirkan masyarakat  maju, bersatu-padu dan saksama dengan kualiti kehidupan yang tinggi untuk semua”. Dalam tahun 2014, kita telah berpeluang untuk meninjau kekuatan dalaman kita serta mengkaji keperluan utama kita untuk mendapatkan para pegawai dan pelatih yang berdedikasi dan berkualiti, memantapkan sumber kewangan tambahan, dan menambahbaik infrastruktur kita bagi mencapai visi, misi, dan objektif IDFR semasa penubuhannya dengan sepenuhnya untuk “mengendalikan kursus-kursus latihan, seminar, bengkel, syarahan dan persidangan dalam bidang diplomasi dan hubungan antarabangsa; mengendalikan penyelidikan dan kajian analitis berkaitan dengan diplomasi; dan menyediakan perkhidmatan rundingcara dalam bidang diplomasi dan hubungan antarabangsa”. Saya yakin bahawa IDFR mempunyai asas yang baik dan dengan sumber tambahan, IDFR boleh mencapai lebih banyak dan menjadi cemerlang dalam masa terdekat.

Masih banyak yang perlu dilaksanakan dalam tahun 2015 terutamanya dalam usaha mencapai komitmen kita sepertimana yang digariskan dalam Pelan Transformasi. Kita di IDFR harus fokus dan berkhidmat dengan lebih gigih untuk menjelaskan konsep dan pendekatan baru, dan pada masa yang sama, membangunkan program-program latihan yang baru dan menarik. Ini adalah menjadi cabaran kita pada tahun 2015. Insya Allah, dengan sokongan Kementerian Luar Negeri dan Kerajaan, saya sangat optimis bahawa IDFR akan dapat mencapai visi untuk menjadi sebuah Pusat Kecemerlangan dalam bidang diplomasi dan hubungan antarabangsa di persada serantau dan antarabangsa.

Terima kasih.

YBHG. DATO’ HUSSIN NAYAN
KETUA PENGARAH IDFR