logo ms

Selasa, 04 Oktober 2022

faq  |  contact us  |  feedback  |  Peta laman

Penerbitan 2009

 
Malaysia’s Territorial Disputes – Two Cases at the ICJ/Pertikaian Wilayah Malaysia – Dua Kes di IC

Penerbitan ini merupakan yang kedua diterbitkan oleh IDFR bagi tajuk berkenaan – Kes  Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan, Kes Pulau Ligatan, Pulau Sipadan dan tuntutan ke atas Sabah. Penerbitan yang pertama telah diterbitkan dalam Bahasa Inggeris melalui Kertas Berkala. Penerbitan yang kedua ini adalah terbitan dwibahasa. 

     
 
Diplomatic Profile Series, Profiles of Malaysia’s Foreign Ministers – Abdullah Ahmad Badaw

Profil Abdullah Ahmad Badawi, yang diterbitkan dalam tahun 2009, adalah yang kedua dalam siri profil Menteri Luar Negeri Malaysia. Ianya adalah untuk memberi penghormatan kepada Tun Abdullah atas peranannya sebagai Menteri Luar Negeri dari tahun 1991 to 1999. Ia mengandungi artikel-artikel yang disumbang oleh beberapa bekas Duta Besar Malaysia yang telah berpeluang  untuk bekerja rapat dengan beliau semasa beliau menerajui Wisma Putra. 

     
 
Diplomatic Profile Series, Profiles of Malaysia’s Foreign Ministers – Dr. Ismail Abdul Rahman

Profil Dr. Ismail Abdul Rahman, diterbitkan pada tahun 2009, adalah yang ketiga dalam siri profil Menteri Luar Negeri Malaysia. Ia merupakan analisa pengalaman, sumbangan dan pengorbanan Tun Dr. Ismail sebagai Menteri Luar Negeri Malaysia dari tahun 1959 hingga 1960, dan untuk memberi penghormatan kepada beliau terhadap sumbangan beliau kepada sejarah diplomasi dan hubungan luar negeri kita. .

     
 

IDFR Training Programmes 2010 

Program Latihan IDFR 2010 telah diterbitkan dan diedarkan pada awal Disember 2009. Ia menyenaraikan semua program latihan yang ditawarkan oleh IDFR untuk tahun 2010, dan telah diedarkan kepada kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan, institusi latihan, perpustakaan kerajaan persekutuan, misi Malaysia di luar negara dan misi asing di Kuala Lumpur.

     
 

Laporan Tahunan 2008 IDFR

Laporan Tahunan telah diterbitkan pada Mei 2008. Ia terdiri daripada kursus / acara / aktiviti yang telah dianjurkan di bawah pelbagai bahagian di IDFR pada tahun 2007.

Satu penerbitan tahunan, Laporan Tahunan diedarkan kepada Kementerian, agensi-agensi Kerajaan dan Kedutaan yang relevan di dalam dan luar negara.

Klik di sini untuk melihat Laporan Tahunan