Sabtu, 14 Februari 2026

faq  contact us  feedback  Peta laman

Pusat Diplomasi Bahasa dan Budaya (CLCD)

Pusat Diplomasi Bahasa dan Budaya (CLCD) menganjurkan latihan yang menekankan dua aspek utama diplomasi moden, iaitu penguasaan bahasa dan kepekaan budaya.

 

Latihan Bahasa: Pusat ini menawarkan kursus khusus bagi meningkatkan penguasaan serta kemahiran komunikasi pegawai dalam bahasa Inggeris dan bahasa rasmi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) seperti bahasa Sepanyol, Mandarin, Arab dan Perancis. Kursus ini penting bagi memastikan pegawai dilengkapi kemahiran komunikasi demi memupuk perhubungan diplomatik yang berkesan di peringkat global.


Diplomasi Budaya: CLCD meneroka aspek diplomasi budaya melalui penganjuran kuliah, bengkel serta penyelidikan. Dengan memperkukuh kefahaman antara budaya serta menekankan kepentingannya dalam amalan diplomatik, Pusat ini berhasrat untuk menjalin nilai toleransi, saling menghormati dan komunikasi yang lebih berkesan antara negara.

fbk

twt

tk

int

yt