Sabtu, 14 Februari 2026

faq  contact us  feedback  Peta laman

Pusat Kepimpinan, Perundingan dan Diplomasi Awam (LNPD)

Pusat Kepimpinan, Rundingan dan Diplomasi Awam (LNPD) bertanggungjawab memperkasa kemahiran pegawai dalam kepimpinan, teknik perundingan, diplomasi awam serta pengurusan dan interaksi media bagi diplomat Malaysia. Seiring perubahan semasa dalam diplomasi dan hubungan antarabangsa, Pusat ini menyesuaikan kurikulum latihan bagi memenuhi keperluan diplomatik di peringkat global, sekali gus memastikan kesiapsiagaan pegawai untuk menangani isu-isu diplomasi dalam persekitaran yang semakin kompleks.

 

Antara program utama yang dianjurkan oleh LNPD ialah Kursus Pra-Penempatan untuk Pegawai-Pegawai Home-Based serta Pasangan di bawah Sistem Pentadbiran Kerajaan Malaysia di Luar Negara (SPKM). Kursus ini dianjurkan beberapa kali setahun khusus untuk pegawai serta pasangan mereka yang akan bertugas di luar negara. Melalui kursus ini, Pusat memastikan pegawai daripada pelbagai kementerian dan agensi bersedia untuk melaksanakan tugas serta memelihara kepentingan dan reputasi Malaysia di luar negara.

fbk

twt

tk

int

yt