Sabtu, 14 Februari 2026

faq  contact us  feedback  Peta laman

Pusat Pemerkasaan Kompetensi (CEC)

Pusat Pemerkasaan Kompetensi (CEC) bertanggungjawab menguruskan salah satu program jangka panjang IDFR bertajuk Diploma Diplomasi (DiD), sebuah program pra-persediaan untuk Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Kementerian Luar Negeri Malaysia sebelum penempatan pertama mereka di luar negara. Selain itu, Pusat ini turut menganjurkan kursus lain untuk kumpulan sasaran terpilih dari masa ke semasa.

CEC bertujuan memberi peluang kepada pegawai untuk membina serta memperkukuh pengetahuan, kemahiran dan pengalaman dalam bidang diplomasi, dasar luar, hubungan antarabangsa dan teori strategik, di samping meningkatkan keupayaan aplikasi praktikal. Melalui program ini, CEC berhasrat melahirkan pegawai yang kompeten, berfikiran analitikal dan peka terhadap perubahan landskap politik serta ekonomi global, seterusnya menyumbang kepada pemerkasaan diplomasi Malaysia.

fbk

twt

tk

int

yt