Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) merupakan institusi latihan bagi Kementerian Luar Negeri Malaysia (KLN) yang memupuk kecemerlangan bidang diplomatik sejak penubuhannya pada tahun 1991.
IDFR menyediakan program-program latihan untuk pegawai diplomatik Malaysia serta pegawai dan kakitangan daripada kementerian dan agensi kerajaan yang lain. Selain kursus teras latihan diplomatik, IDFR turut menawarkan program pembangunan kemahiran profesional pada peringkat asas, pertengahan dan lanjutan bagi meningkatkan profesionalisme pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat. Program-program ini juga menyokong keperluan penempatan antarabangsa serta pembangunan profesional berterusan, sekali gus memastikan kesiapsiagaan pegawai untuk memperkukuh penglibatan Malaysia di peringkat domestik dan global.
Di samping inisiatif latihan, IDFR turut memainkan peranan penting dalam usaha pembinaan kapasiti di peringkat antarabangsa. Melalui Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP), Institut ini melaksanakan latihan kepada peserta dari lebih 142 negara, dengan tumpuan kepada negara ASEAN dan negara-negara membangun. IDFR juga membimbing Pegawai Diplomatik Asing di Kuala Lumpur melalui program Budaya dan Identiti Malaysia (MCI) bagi membantu mereka menyesuaikan diri dengan kehidupan serta urusan diplomatik di Malaysia.
Pusat / Bahagian
IDFR mempunyai empat Pusat yang memainkan peranan tersendiri dalam penganjuran latihan dan penyelidikan diplomatik.
