Sabtu, 17 Januari 2026

faq  contact us  feedback  Peta laman

TCTP - Australia: Diplomatic Training Programme for Timor-Leste Officials

TCTP MAIN

Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) telah menganjurkan Diplomatic Training Programme for Timor-Leste Officials di Dili, Timor-Leste dari 13 hingga 17 Oktober 2025. Inisiatif tiga hala ini merupakan kolaborasi bersama antara Malaysia di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP), Australia dan Timor-Leste bagi mengukuhkan penglibatan Timor-Leste dalam arena serantau sebagai persiapan mereka menjadi ahli penuh ASEAN. Kursus ini melibatkan penyertaan seramai 41 pegawai kerajaan Timor-Leste yang mengambil bahagian secara aktif dalam sesi pembelajaran berstruktur selama seminggu, yang dirangka khusus untuk memperkukuh pengetahuan diplomatik dan meningkatkan kecekapan profesional mereka.

Sepanjang program ini, para peserta mengikuti siri modul yang merangkumi Foreign Policy and Malaysia’s Experience, Role of Public Diplomacy in Foreign Policy, Cross-Cultural Communication, Effective Brief and Speaking Notes, Crisis Management, dan Report Writing for Diplomatic Engagements. Sesi tambahan mengenai Malaysia and ASEAN, Protocol Practices and Diplomatic serta Economic Diplomacy turut memperkukuh pemahaman mereka terhadap landskap diplomatik serantau dan kemahiran praktikal yang diperlukan bagi menjalankan urusan antarabangsa dengan berkesan.

Program ini berakhir dengan maklum balas positif, di mana para peserta menzahirkan penghargaan terhadap nilai praktikal kursus serta manfaat daripada kajian kes, perbincangan interaktif dan latihan praktikal yang memperluas perspektif mereka mengenai diplomasi dua hala dan serantau. Majlis penyampaian sijil turut diadakan sebagai simbolik kejayaan peserta menamatkan program serta menghargai komitmen yang ditunjukkan sepanjang kursus berlangsung. Majlis tersebut turut diserikan oleh kehadiran TYT Dato’ Amarjit Sarjit Singh, Duta Besar Malaysia di Dili; Encik Sidónio Martins, Pengarah Nasional bagi Hal Ehwal Keselamatan Politik, Direktorat Jeneral bagi Hal Ehwal ASEAN, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Kerjasama Timor-Leste; serta Encik Chad Clark, Setiausaha Pertama bagi Tadbir Urus dan Pembangunan Ekonomi di Kedutaan Besar Australia di Timor-Leste, yang masing-masing menyampaikan ucapan tahniah kepada para peserta atas kejayaan mereka menamatkan program ini.

 

    TCTP 1 TCTP 2 TCTP 3

Disediakan oleh:
Cik Hanun Insyirah Ishak dan Cik Aida Yasmin Azhar
Pusat Kajian Politik dan Diplomasi Ekonomi (PSED)

yt

fbk

twt

int

tk