Sabtu, 17 Januari 2026

faq  contact us  feedback  Peta laman

Kursus Report, Brief and Correspondence Writing untuk Pegawai Wisma Putra

rbcw main

Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) melalui Pusat Diplomasi Bahasa dan Budaya (CLCD) telah berjaya menganjurkan Kursus Report, Brief and Correspondence Writing for Wisma Putra Officers pada 7 Oktober 2025. Program ini menerima penyertaan yang memberangsangkan daripada pegawai Gred 41 dan 44. Penyertaan mereka mencerminkan keutamaan berterusan Kementerian Lar Negeri untuk memperkukuh kemahiran komunikasi bertulis yang berkualiti tinggi dalam Perkhidmatan Luar Negeri.


Kursus ini telah dikendalikan oleh Dato’ Ahmad Rozian Abd Ghani, Duta Suzilah Mohd Sidek, Encik Adlan Mohd Shaffieq dan Encik Wan Mohd Afeek Afifi Wan Ali. Melalui contoh praktikal dan panduan yang jelas, para penceramah membekalkan pegawai dengan kemahiran menghasilkan dokumen yang padat, tepat dan relevan dasar, selaras dengan standard penulisan Wisma Putra.


Para peserta memberikan maklum balas yang sangat positif. Mereka menghargai kejelasan penyampaian, penerangan yang mudah difahami serta peluang untuk belajar secara langsung daripada diplomat berpengalaman. Mereka berpendapat bahawah contoh sebenar dan perkongsian pengalaman dalaman amat bermanfaat dalam meningkatkan tugasan penulisan harian mereka.


Peserta turut menyatakan minat untuk menghadiri sesi susulan yang memberi lebih banyak peluang latihan penulisan secara praktikal serta liputan lebih meluas dalam bidang berkaitan seperti penulisan media sosial dan kenyataan akhbar.


Kejayaan program ini mencerminkan komitmen berterusan IDFR dalam meningkatkan kompetensi penulisan dan kesiapsiagaan profesional pegawai diplomatik Malaysia. CLCD akan terus menyediakan latihan yang bersasar dan praktikal bagi menyokong keperluan komunikasi Wisma Putra yang semakin berkembang.

                      rbcw 1 rbcw 2 rbcw 3

yt

fbk

twt

int

tk