Sabtu, 17 Januari 2026

faq  contact us  feedback  Peta laman

Foreign Language Professional Communication Courses for Wisma Putra Officers

flp2025 main

Bahasa Arab
Pusat Diplomasi Bahasa dan Budaya (CLCD) telah menamatkan “Arabic Language Professional Communication Course for Wisma Putra Officers” yang berlangsung pada 25 Ogos hingga 5 November 2025.


Kursus selama 42 jam ini dijalankan secara dalam talian dan disertai oleh lapan belas pegawai Kementerian Luar Negeri, termasuk beberapa pegawai yang pernah mengikuti kursus bahasa asing "Arabic Language Day-to-Day Communication Course for Wisma Putra Officers" yang dianjurkan awal tahun ini. Dengan tujuan untuk memperkukuhkan lagi asas mereka dalam bahasa tersebut, para pegawai telah dibimbing untuk memperluaskan kosa kata mereka melalui pelbagai aktiviti, sekali gus melengkapkan mereka dengan penguasaan bahasa yang lebih bagus serta memberikan mereka pendedahan yang lebih mendalam mengenai adat dan budaya orang Arab.


Bahasa Perancis
Pusat Diplomasi Bahasa dan Budaya (CLCD) telah menamatkan “French Language Professional Communication Course for Ministry of Foreign Affairs Officers” yang dijalankan secara dalam talian melalui aplikasi Zoom dari 25 Ogos hingga 5 November 2025.


Kursus selama 42 jam ini diadakan setiap hari Isnin dan Rabu, pada waktu petang, disertai oleh dua puluh lapan pegawai Kementerian Luar Negeri, termasuk pegawai yang telah mengikuti kursus bahasa asing “French Language Day-to-Day Communication Course for Wisma Putra Officers” sebelum ini. Bagi memperkukuh asas bahasa pegawai dalam bahasa Perancis serta meningkatkan pemahaman mereka terhadap budaya bahasa tersebut, aktiviti pembinaan kosa kata yang lebih kompleks serta latihan praktikal telah diadakan sepanjang kursus berlangung.


Bahasa Sepanyol
Pusat Diplomasi Bahasa dan Budaya (CLCD) telah menamatkan “Spanish Language Professional Communication Course for Wisma Putra Officers” yang dijalankan dari 25 Ogos hingga 5 November 2025. Kursus ini dilaksanakan secara dalam talian selama 42 jam bagi meningkatkan pengetahuan serta penguasaan bahasa para pegawai.


Seramai tiga puluh empat pegawai Kementerian Luar Negeri telah menyertai kursus ini, termasuk mereka yang pernah menyertai kursus bahasa asing “Spanish Language Day-to-Day Communication Course” sebelum ini. Melalui kursus ini, para pegawai melalui pelbagai aktiviti dan latihan praktikal yang membantu mereka memperoleh pemahaman lebih mendalam tentang bahasa tersebut serta budaya yang dipraktikan.


Bahasa Rusia
Pusat Diplomasi Bahasa dan Budaya (CLCD) telah menamatkan “Russian Language Professional Communication Course for Wisma Putra Officers”, kursus lanjutan bagi kursus bahasa asing “Russian Language Day-to-Day Communication Course” yang telah dijalankan sebelum ini. Kursus selama 42 jam ini dilaksanakan secara dalam talian bermula 25 Ogos hingga 5 November 2025, setiap hari Isnin dan Rabu, dan disertai oleh dua belas pegawai Kementerian Luar Negeri.


Direka khusus bagi membantu pegawai meneruskan pembelajaran mereka dalam bahasa tersebut, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan, termasuk latihan pertuturan pada setiap sesi bagi membantu mereka membiasakan diri menggunakan bahasa Rusia dalam konteks formal. Melalui usaha ini, para pegawai dapat meningkatkan kefasihan serta keyakinan mereka dalam berkomunikasi menggunakan bahasa tersebut.

 

flp2025 1flp2025 2flp2025 3

yt

fbk

twt

int

tk