Sabtu, 17 Januari 2026

faq  contact us  feedback  Peta laman

Kursus Bahasa Mandarin Tahap Asas dan Tahap Pertengahan

mandarin2025 main

Pusat Diplomasi Bahasa dan Budaya (CLCD), Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) telah menganjurkan kursus bahasa Mandarin dengan kerjasama Pusat Kebudayaan Han Malaysia bertajuk “Kursus Bahasa Mandarin Tahap Asas dan Tahap Pertengahan”. Dengan dua kelas tahap asas dan satu kelas tahap pertengahan, kursus ini dijalankan secara fizikal di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada setiap hari Sabtu bermula 13 September hingga 22 November 2025.


Seramai 127 peserta telah mengikuti kedua-dua kursus tersebut; 110 peserta bagi tahap asas dan 17 peserta bagi tahap pertengahan. Kesemua peserta terdiri daripada pelbagai kementerian dan agensi, antaranya ialah Kementerian Luar Negeri, Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR), Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Mahkamah Persekutuan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Peperiksaan Malaysia, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Kementerian Sumber Manusia, Universiti Kuala Lumpur (UNIKL), Prasarana Malaysia Berhad, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).


Kursus selama 45 jam ini direka khas untuk membekalkan peserta tahap asas dengan penguasaan kukuh dalam bahasa Mandarin, merangkumi pengajaran kosa kata penting, pola ayat asas serta kemahiran komunikasi. Bagi tahap pertengahan, peserta diperkukuh dengan struktur dan kosa kata yang lebih kompleks disertai pelbagai aktiviti pembelajaran yang membolehkan mereka mengaplikasikan bahasa tersebut dalam pelbagai situasi.
Majlis Penutup bagi kursus ini telah diadakan secara fizikal di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 22 November 2025. Majlis tersebut turut memberi peluang kepada para peserta untuk mempamerkan usaha dan pencapaian mereka mereka melalui pelbagai persembahan yang mendapat pujian daripada para tetamu termasuk wakil Kedutaan China serta stesen televisyen China dan Malaysia.

                    mandarin2025 1 mandarin2025 2 mandarin2025 3

yt

fbk

twt

int

tk