Sabtu, 17 Januari 2026

faq  contact us  feedback  Peta laman

Kursus Bahasa Korea Tahap 1 dan Tahap 2

kl2025 main

Pusat Diplomasi Bahasa dan Budaya (CLCD), Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) telah menganjurkan “Kursus Bahasa Korea Tahap 1 dan Tahap 2” dengan kerjasama Korean Education Centre (KEC). Kursus ini dijalankan secara dalam talian dari 2 September hingga 20 November 2025 pada setiap hari Selasa dan Khamis. 

Kursus ini telah disertai oleh 52 peserta, dengan 27 peserta bagi Tahap 1 dan 21 peserta bagi Tahap 2. Para peserta terdiri daripada pelbagai kementerian dan agensi, antaranya Kementerian Luar Negeri, Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR), Pusat Serantau Asia Tenggara bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Perdana Menteri Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Peguam Negara, Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Hospital Duchess of Kent, Pusat Darah Negara, Kolej Vokasional Pagoh, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), Kementerian Digital, Kementerian Belia dan Sukan, Parlimen Malaysia, Jabatan Wilayah Persekutuan, Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF), Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia serta Jabatan Alam Sekitar. 

Kursus selama 42 jam ini bertujuan membantu peserta yang mengikuti Tahap 1 untuk menguasai asas bahasa Korea, termasuk kosa kata asas dan frasa untuk kegunaan harian. Bagi Tahap 2 pula, kursus ini direka untuk memperkukuh pengetahuan sedia ada para peserta serta meningkatkan kefasihan mereka dalam menggunakan bahasa tersebut dengan lebih berkesan. Melalui penglibatan aktif sepanjang kursus berlangsung, para peserta menunjukkan tahap penguasaan bahasa yang bagus, daripada kebolehan mereka untuk menggunakan teks ringkas bagi kegunaan harian sehinggalah kebolehan mereka untuk bertutur secara formal.

         kl2025 1 kl2025 2 kl2025 3

yt

fbk

twt

int

tk